Blog-blog yang aku suka walking...

1. http://livescore.net/


2. http://www.arowana-assakinah.blogspot.com/


3. http://nur-addin.blogspot.com/


4. http://www.fcukz.co.cc/


5. http://billyinfo.blogspot.com/


6. http://militaryofmalaysia.net/


7. http://mforum.cari.com.my/index.php 


8. http://www.iluvislam.com/


9. http://www.apesal.com/


10. http://www.kucing.my/


Banyak lagi blog-blog yang aku suka baca...tapi TOP-10 di atas mmg aku suka baca...

Fungsi butang F1-F12


F1
-Hampir selalu digunakan sebagai butang bantuan,hampir setiap program akan membantu layar "help" ketika butang ini ditekan.
-Windows Key + F1 akan membuka Microsoft Windows pusat bantuan dan sokongan.
-Buka Task Pane

F2
-Dalam Windows umumnya digunakan untuk mengubah nama yang disorot atau file icon.
-Ctrl + Alt + F2 untuk membuka dokumen baru dalam Microsoft Word.
-Ctrl + F2 menampilkan pratinjau "print" pada Microsoft Word.

F3
-Seringkali membuka fitur pencarian untuk pelbagai program termasuk Microsoft Windows.
-Shift + F3 akan mengubah teks dalam Microsoft Word dari atas ke bawah atau huruf besar pada awal setiap kata.

F4
-Untuk menemukan jendela pada address bar.
-Alt + F4 akan menutup program yang sedang aktif di Microsoft Windows.
-Ctrl + F4 akan menutup jendela yang terbuka pada jendela yang sedang aktif dalam Microsoft Windows.

F5
-Dalam semua modern browser Internet akan menekan F5 refresh atau reload halaman atau dokumen jendela.
-Buka,menemukan,mengganti dan pergi ke jendela Microsoft Word.
-Mulai tayangan slide dalam PowerPoint.

F6
-Pindahkan cursor ke Address bar di Internet Explorer dan Mozilla Firefox.
-Ctrl + Shift + F6 terbuka buka ke dokumen Microsoft Word.

F7
-Biasanya digunakan untuk memeriksa ejaan serta grammar Microsoft dalam program seperti Microsoft Word,Outlook.
-Shift + F7 menjalankan Thesaurus memeriksa pada kata disorot.
-Ternyata pada sisipan browsing di Mozilla Firefox.

F8
-Untuk masuk ke Windows startup menu,biasanya digunakan untuk masuk ke Windows Safe Mode.

F9
-Pengukuran yang Membuka toolbar dalam Quark 5.0.

F10
-Untuk mengaktifkan menu bar di aplikasi yang terbuka.
-Shift + F10 berfungsi sebagai "klik kanan" pada icon yang disorot,file atau link Internet.

F11
-Modus layar penuh dalam semua modern browser Internet.

F12
-Untuk membuka jendela "save as" pada Microsoft Word.
-Shift + F12 menyimpan dokumen Microsoft Word.
-Ctrl + Shift + F12 mencetak dokumen Microsoft Word.


sumber: http://www.fcukz.co.cc/2011/12/fungsi-butang-f1-f12-pada-keyboard.html#ixzz1hw29zsK6

Jadi Wartawan la pulak...

Pagi ini, diadakan Mesyuarat Awal Tahun 2012 sekolah...semua guru dan Kumpulan Pelaksana turut serta dalam mesyuarat kali ini...antara topik yang dibincang sudah tentulah tentang HEM & Koko...emmm...untuk tahun 2012 aku masih lagi diamanahkan menjadi Pembantu Pegawai Aset (sekolah)...so far, setakat tahun 2011, masih iada masalah...cuma, tak siap beberapa lagi perkara seperti Spray dan Tag nombor siri pada aset2 sekolah...


Hasil mesyuarat pagi tadi juga...satu jawatan diwujudkan...iaitu...jawatankuasa bahagian Blog Sekolah...aku dilantik sebagai wartawan...hehehe..kelakar je dengar...melaporkan segala aktiviti2 berkaitan sekolah...bagus juga Blog sekolah dah aktif...teruskan usaha anda semua..........sekian...

Dasyatnya hari kiamat dan Padang Mahsyar

sumber: http://copypasteaboutislam.blogspot.com/



 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

 ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Masuk hutan lagi...

Minggu lepas...aku , Mie & GB masuk hutan...xdela hutan pn...just g jalan2 mcari kelah je...naik motor plak tu...paling best naik motor LC masuk jln denai...perghh...ingatkan jalan elok macam selalu kami masuk...hujan tak berapa lebat la, tp cukup utk melicinkan jalan tu...penat mmg tak ingat la...lebih baik jalan kaki dari bawa motor...lenguh tangan...kaki...tp sampai je kampung tu...nasib tak menyebelahi...xde sekor pn kelah...huhu...xpela...musim hujan sekarang...air sungai pn besar...tapi paling aku respect tentu la Guru Besar...bukan senang seorang GB nak join aktiviti mcm nie...tp mmg GB aku ni sporing la...

Berehat di anak sungai yg harus diredah...HARUSLAH...
Cabaran yang harus ditempuhi...
aku siap terhantuk kat dahan nie...
selipar putus...kaki ayam jela...(ada ke patut pakai selipar je)
Cabaran...kamu ada berani????

Penat sangat...

hari ni...aku gerak dari Muadzam jam 10.20am kot...singgah jap di Kuantan...pastu sampai dalam jam 4.30pm di Cameron...lepas je kemas barang2...terus aku dgn Mie cuci & setting akuarium 4 kaki aku...dah setel akuarium aku...aku tolong Mie punya akuarium plak...lepas mkn malam plak...aku & Mie setting, cuci akuarium GB plak...huhu...lenguh2 badan...kalo ada org urut sedap gak................................perghhh...hari nie...32 ekor kelah GB mati....1 ekor kelah besar Ramli mati juga dlm kolam asrama..............ngeee............ngeee....

setting akuarium...

akuariumku sudah lawa...rasa-rasanya la...baru2 nie aku setting background warna biru plak...

amacam?okay tak?
Sebelah tu akuarium Mie... 
Kelah sudah membesar...

Sukan Mini di Matrikulasi Pahang, Gambang

15-17/11/2011 baru nie...aku bawa budak utk sukan mini MSSP bawah 9 tahun...sebenarnya hati berat je nak pergi...yela, minggu akhir sebelum cuti skolah bermula...tapi nak buat mcm mne...arahan...ALAHAI...ikutkan nak pergi sana naik kereta je...tapi bila difikir semula, naik bas lagi senang, boleh tidur dalam bas je...xde duit minyak, xde duit tol...hehehe...Kami menginap di Gambang Waerpark Resort dan acara sukan beraksi di Komplek Sukan Matrikulasi Pahang...


Seramai 56 murid mewakili daerah Cameron Highlands diiringi oleh 7 org guru...bergerak dari sekolah jam 10pagi...sampai disana dalam jam 4ptg...agak lambat sampai sebab banyak sangat berhenti...almaklum la...budak2 nie muntah lagi, nak kencing la...hehehe..


Tahniah team bola baling CH sebab layak ke final walaupun tewas di tangan Rompin...pencapaian mengagumkan kerana penyertaan pertama CH...team futsal plak sekadar layak ke pusingan kedua...walaupun CH control games tp xde luck...xpela..puas hati...Olahraga ada la menang emas & gangsa...


Seronok bermain gajah terbang...aku sekali main juga...
Kamar kami tidur...
sedap makannya...
Habis duit main funfair je...tiap malam nak main...
Komplek Sukan Matrikulasi Pahang
Majlis penutup dan penyampaian pingat..

Macam-macam sekarang...jahil...jahil...



Warga sekolah gila ikan...

wah...seronok tengok warga sekolah aku sekarang nie...semua gila ikan kelah dah sekarang...dalam 2-3 minggu nie banyak ikan kelah dapat (beli je dgn org asli)...tak kisah la tu...janji murah dari kedai sangat2...sape mau kisah...????ahh...sebenarnya bagus juga ramai memelihara kelah nie, bukan ape...belum tentu pada masa akan datang kelah nie wujud lagi...ntah2 dah pupus...sekurang2nya kita dapat mengekalkan kehidupan ikan nie untuk generasi akan datang....al-maklum la sekarang nie org asyik menuba, mengebom je ikan kelah nie...memang sial la...puii...tapi...jangan hangat2 tahi ayam udah ler...

Make-up Akuarium

petang tadi aku g lepeh (k.lipis)...aku tengok akuarium kat kedai ikan tu simple je...all black kecuali depan la...bagus gak tu..boleh tiru idea...huhu...minggu nie balik Muadzam beli barang apa yang patut dan aku nak setting...biar lain dari akuarium org lain dalam sekolah nie...ke guane Jidin???hahaha

Tinggal kenangan...

Hari nie aku bangun agak lewat...dalam jam 10 kot...pastu JAGA ketuk pintu rumah bgtau kelah dalam kolam mati...huh...agak geram rasanya....setahun aku bela...akhirnya sampai hayatnya...takpe la...boleh dijadikan lauk gak...mayb kelah tu bunuh diri daripada dijual kat orang lain...kalau la aku takde niat nak jual mayb ikan nie tak mati...sekian...mood sedih...

riadah petang Ahad

aku gerak dari Muadzam dalam jam 10pagi...sampai CH dalam jam 2.30ptg...pastu aku basuh baju...cuci air akuarium...petang nie Che Mie nak bawa budak2 mandi sungai...tapi jam dah dekat jam 6ptg...nak bawa ke tak...bawa ke tak...budak2 dah standby dgn tuala...muka sedih je bila aku ckp tak payah mandi la...air paip kamu mandi tu kan air sungai, mandi jela..hehe...last2..bincang2...bawa jela...jam 6ptg gerak ke sungai...dekat je..seberang jalanraya je...

Aksi mendada dari Bah Kat
Seronok budak nie main air
tau pun sejuk...gatal nak mandi
Aksi magic dari budak nie...bakal ahli neraka..haha..gurau...
Main air pili bomba plak...
Jala ikan dalam kolam...

Tetamu luar negara

hari nie...sekolah didatangi pelawat dari laur negara...negara apa???England???Denmark???bukan...bukan...tetapi Bangladesh...hehe...jgn gelak plak (mau hijau atau kuning)...tu mat bangla kat pam minyak...yang datang sekolah aku hari nie delegasi pendidikan Bangladesh...cikgu2, pensyarah dari sana...tujuan utama mereka adalah untuk melihat pembelajaran sekolah asli di Malaysia untuk di bandingkan dengan sekolah asli di sana(ohh...baru aku tau kat bangla pun ada org asli)...untuk pengetahuan juga, sekolah aku nie diorang cakap macam sekolah maju kat negara depa...ish3...tak dapat bayang sekolah diorang mcm mne...lagi satu diorang tgok gaji cikgu kat malaysia boleh bayar 3 org cikgu sana...bayangkan...


lagi satu paling best, diorang nie mmg suka sgt bergambar...mula2 sorang je...pastu sorang lg datang...pastu lagi sorang...hehe...takpe la...asal diorang seronok kat sekolah aku...aku tgok teruja betul diorang tgok sekolah org asli di Malaysia...lastly, diorang berpuas hati & ingin datang lagi ke sini...sempat la aku berkenalan dgn cikgu perempuan bangla...hehe...aku siap minta account facebook...ops...yang aku hairan kan...org asli di bangladesh putih-putih macam orang Nepal Tibet...yang pure bangla hitam plak...hehe...dunia..dunia...

hari ini dalam sejarah


Assalamualaikum...kum ape?kombat, bat ape batman...xde la...main2 je...sebenarnya...huh...hari nie dalam sejarah...seekor kijang telah murah hati masuk ke sekolah tadi...akibatnya telah menjadi lauk pada hari ini...sangat sedap daging kijang nie...petang tadi diorang masak kunyit, masak kicap & masak kari...INILAH KELEBIHAN SEKOLAH PENDALAMAN...bukan senang nak dapat...

so, lihatlah gambar sebagai tatapan...















misi mencari ikan kelah



aktiviti petang tadi: menjala ikan kelah (tengok je...)


hasil: ikan kelah 3 ekor & baung kenerak 2 ekor...


cuaca: masa pergi (panas) & masa balik (hujan)











Assalammualaikum...dah lebih setahun aku bekerja di sini... Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar...sangat seronok bekerja di sini, kawan-kawan yang "sporting", saling membantu, dan macam-macam aktiviti dibuat di sini...nak dikatakan dalam sebulan tu memang ada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah mahupun asrama...so, takde la aku bosan sangat...temuduga SPA yang lepas mendukacitakan aku...sob...sob...sedih, walaupun di hati masih tersimpan minat dalam kejuruteraan...apakan daya, rezeki takde lg...takpela..sekurangnya aku masih di sekolah nie lagi...menabur bakti menjaga anak-anak org asli nie...kdg2 beruntung sekolah di pendalaman nie berbanding di bandar2...banyak aktiviti2 boleh dibuat...duit pun dapat jimat...hehehe...tu yg penting...selagi khidmat aku masih diperlukan oleh kerajaan, aku akan teruskan...adios...


sekolahku rumahku

Tahniah Malaysia



perasan yang sangat mendebarkan sepanjang menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Taiwan tadi...geram pun ada...pengadil agak2 la wei nak bagi penalti 3 kali tu...overall, permainan Malaysia okay je...ada la mistakes sket2 oleh player...walaupun tewas 2-3 , Malaysia tetap layak ke pusingan kedua bertemu jiran, Singapura dgn kiraan gol di tempat lawan...setahu aku pemain2 Taiwan kebanyakkan adalah player universiti, tp permainan diorang sgt menghiburkan berbanding Malaysia malam td...Mayb semangat bermain di tempat sendiri kot...apa pun...syabas Malaysia...teruskan berjuang...TANAH TUMPAHNYA DARAHKU...


family mai Cameron



Minggu nie...family cek mai cameron...bjalan-jalan katanya...semalam depa mai kat jam 2.00 ptg...singgah jap sekolah aku, makan-makan...kalau berjalan dgnTok mmg wajib dia masak dulu...tak kira la p mana2 pn...dulu g Terengganu pun dia bawa bekal, siap masak dr rumah...hehe...bagus Tok aku nie...


dalam 3.30 ptg kami bgerak ke Tanah Rata...sampai je terus rehat kat resthouse...hujan plak turun...sedap plak tido...jam 6, kami g pasar malam Brinchang...macam2 makanan beli, perut dak buncit habis,,,huhu...malam sabtu xde buat ape2 sgt...masing2 penat...so rehat sambil tgok TV jela...


Ahad, kami checkout jam 9...lepas tu terus aku bawa g jln kat taman lebah...aku beli madu je...manis yang amat...tak tau la ori ke tak...pastu singgah plak kat kedai sayur2...aku tgok jela...nak beli buat ape...makan kat asrama pn free...kalau kena masak mayb la aku beli...hehe...setel membeli aku bawa diorang p Tmn Agroteknologi Mardi...tempat mmg cantik...perempuan mayb la suka...kalau laki mcm aku nie...alahai...BOSANG...(ckp ganu jap)...jam 12 tghhari...kami gerak balik...sebelum tu singgah sekolah aku jap...sembahyang & mandi2...pastu depa bgerak balik...semoga selamat sampai...

rindukan dia...



Song :- Aku, Dia dan Kamu
Artist :- Nadia AF dan Red Peanut band


Jangan ada tidak percaya
Jangan bilang kebencianmu
Hati ini selalu mengharapkan
Kau dan aku bisa bahagia
Air mata di sisi ini
Saat kamu jauh di sana
Jangan ada selingkuh dusta
Kau dan aku harus setia

Engkau dan aku tidak mahu
Orang ketiga menghancurkan
Karena cinta telah lama disatukan

Kita di sini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan

Aku tak bisa menduga hatimu
Andainya bisa ku peluk bayangmu
Di antara kita tidak ada siapa mengganggu

Kita di sini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan

Engkau dan aku (engkau dan aku)
Tidak mahu (tidak mahu)
Orang ketiga (orang ketiga) menghancurkan (menghancurkan)
Karena cinta telah lama disatukan
Disatukan

Disatukan......

apa!sayang mengandung?



-bie..syg ade bnda nk bgtau ni
-ape dia syg?
-bie kna tggungjwb tau
-hah??ape plk ni??
-bie rsa syg perlu bgtau skrg x kt parents kita?
-ehhh,jgn3,bie xnk kecoh2 plk nt
-npe bie :(
-bie nk rhsiakan dlu bnda tu
-hmm
-tp kn dr td lg bie tnye syg,ape dia?
-laa..igtkn bie dh tau
-xtau lg
-syg ngndung anak bie
-apaa????syg ngandung???
-ye,npe bie tkjut?kita kn da kawin
-ehh,lupa plk..:)) thanks syg ♥
-bgtau mak k
-oke :)



sumber: http://www.facebook.com/pages/Saya-harap-awak-tau-saya-still-sayangkan-awak

putus lagi


-np nk ptus?
-wateva
-hm..awk mmg xsyg sy da kn
-so?
-fine!sy tau awk da ade laki lain,tp npe awk wat sy cmni?
-ske ati sy la
-msti ade sbb,ape klemahan sy.plis bgtau
-wtpe nk tau?
-sje
-sy xske awk bwk keta kancil je,xde klass lgsung
-hah??tu je?
-yup,np?
-xde la,keta tu adik sy pnye
-huh!
-keta sy ade kt umah,ALPHARD.sje xnk bwk lg
-err..yeke?sygg...jom kte kuar nk?(gediks)
-xpe la awk..kta kn da ptus..bye

comel...comel...comel...

sumber : http://www.facebook.com/stacyaf6

comel tul la Stacy nie...kalo jd awek aku kn besh...hehe...