Tidak ada sokongan

ahad kelmarin ada kenduri kawan aku, satu kelas masa di Polisas...ikutkan nak buat reunion masa kenduri dia...tapi sokongan yang dapat tak menggembirakan...hanya 4 orang aje...thanks to Payeep, Paan & Hadi...walaupun kami berempat, it's okay...cukup la...sekurang2nya dapat gak la berjumpa...tgok Final Champion League sama2...walaupun my team aku kalah..huh!!! tahniah to epu...kawen gak kamu ea...aku???bila lagi (soalan yang sokmo mak tanya)....pening....pening....

Anuar tengah pening lalat...PM...PM...PM

My Sayang berwajah baru...

Pertandingan futsal sempena Hari Guru

semalam...dari jam 5.00 ptg sampai 11.00 malam bermandi peluh...penat tak ingat gua ckp lu...syabas la untuk Team A yang menjuarai kejohanan tahun nie...Team B (team aku la...huhu) tempat ke-3 dalam kumpulan dari 5 team...okay la tu...haha...







Juara EPL kali ke-19

Kejuaraan kali ke-19 bagi Manchester United dan yang terbanyak dalam sejarah EPL mengatasi rekod Liverpool sebanyak 18 kali...walaupun pada musim nie barisan pemain-pemain Man U takde la gah sangat tapi komitmen yang ditunjuk oleh semua pemain menjadikan Man U juara EPL...kehadiran Chicarito memberi impak di barisan serangan United...untuk next season, aku hope United membeli pemain lebih hebat...

suasana meriah di Old trafford
Keeper terbaik United...bakal pencen...
kegembiraan yang tak terkata
Sir Alex Ferguson...manager terbaik dunia
Pasangan kembar,Fabio & Rafael
M.Owen...bakal bersara...
We are the champion!!!glory...glory...


Perkhemahan di Sg.Pauh

Fuh...baru selesai perkhemahan unit beruniform...penat tak ingat...sampai je sekolah, basuh2 baju...terus tido...sedap giler dapat tido atas tilam...mana taknya, tido kat sana dah la sejuk...susah nak tido, toto pun tak bawa..camping kali nie mmg seronok berbanding tahun lepas...moh aku nak cerita sket aktiviti2 yang dilakukan dalam 3 hari nie...ahh..jom terjah...

Hari Jumaat : Murid-murid bergerak dari sekolah dengan bas dalam jam 1.00 Ptg...tapi aku follow jam 2.30 Ptg naik kereta...cikgu2 perempuan uruskan budak...sampai je di tapak perkhemahan hujan turun...keadaan masih okay lagi...tapi tiba2...air sungai mulai naik ke tebing...rasa mcm tak sedap hati...cikgu2 lain bergegas alihkan kereta dari tempat kami parking...selesai je kami perking tempat jauh sket...air sungai naik secara mendadak...orang cakap tu kepala air...laju...sangat laju...naik secara tiba2...melimpah tebing, kayu2, dahan2 besar abis hanyut...mujurlah sempat alih kereta...kalau tak..kompem 6 biji kereta hanyut ...fuh ...Alhamdulillah... petang takde aktiviti sbb hujan...ingatkan nak buat gadjet...malam...mcm biasa la...cuma latihan persembahan kebudayaan je...malam aku kena bertugas berjaga malam...tapi jam 5-7 Pagi...

kena berjaga malam
Semasa sampai ke tapak, air sungai naik tiba-tiba...
Hari Sabtu : Jam 8 selepas makan je...ada treasure hunt...mencari harta karun...letih tak ingat...petang plak...ada aktiviti flying fox....agak malang untuk cikgu-cikgu tak dapat cuba sebab tali rendah sangat...nak naik pun melendut ke bawah...huh...bagi peluang kat budak2 je..bkn main seronok diorang...ada gak yang cuak..haaa..baru tau...malam plak acara malam kebudayaan...macam2 gelagat budak2 nie...ada yang kelakar, ada yang malu2...overall, murid lelaki lebih menyerlah persembahan mereka...apa pun kamu orang mmg sporting...5 bintang untuk kamu semua!!! opss...lupa...sebelum persembahan kteorang bakar ayam & jagung mutiara...fuh, sedap hingga lupa masalah...malam nie aku tidur agak awal...letih kot...










Hari Ahad : jungle tracking acara wajib...takde la mencabar sangat...sebab tak naik sampai ke puncak...cuma bawa budak suku gunung je...itupun cikgu2 semua letih...budak steady je...huh...dalam jam 11 selesai semua...kemas2...bagi hadiah semua...pastu bergegas pulang ke sekolah...so tired!!! but...very happening...

Sekitar Sambutan Hari Guru 16 Mei 2011

รєใค๓คҭ ђคгเ ﻮยгย ยภҭยк รє๓ยค ﻮยгย-ﻮยгย รєใยгยђ ๔ยภเค ҭєгยҭค๓ค кєקค๔ค ςเкﻮย-ςเкﻮย ұคภﻮ קєrภคђ ๓єภﻮคןคг คкย รค๓קคเ คкย ๒єгןคұค...
Pasukan pilihan untuk kalah
acara bola tampar 
murid-murid memberi bunga ros kepada guru
Guru Menson
Aku memberi hadiah kepada cikgu ayen
menerima hadiah dari Pn.Baizura

Family Day di Gambang Water Park

Pada 13-15 Mei yang lalu sekolah kteorang telah mengadakan Family Day bagi tahun 2011 di Gambang Water Park, Kuantan...Perjalanan dari sekolah ke Kuantan dalam 5 jam (tapi aku tak gerak dari sana la...)...sampai je Kuantan singgah kedai makan, masing2 lapar...dalam jam 10 gerak ke resort untuk check in...dah setel semua tu...kteorang dalam 6 orang g tengok wayang citer KONGSI...sangat menarik dan puas hati...mana taknya, tiket jam 12.45mlm...fuh..ingat nak tido je dlm wayang tu...tp cerita best plak...rugi la kalo tak tengok...

esoknya. pagi...lepas je "pecah laju" @ breakfast...kteorang bgerak ke Gambang...sampai je di sana...bkobar2 dah nak mandi nie...huh...semua permainan aku main...seram btl la...(kalo dapat g dgn awek best gak...hehe)...last sekali kteorang main bola keranjang dalam kolam...semua guru lelaki main sekali...sangat seronok dan terhibur...yela, kami yang bujang-bujang nie rasa seronok la walaupun tak bawa family...

petangnya plak, jam 5.00...guru-guru berkumpul di tepi pantai...acara sukaneka diadakan untuk semua...acara tarik tali, jalan atas tempurung, bowling kelapa...mcm2 la...sangat happening...tangan aku ada la calar-calar sket...maklumla...pasir nampak je lembut...tapi bisa...okay, untuk malam plak...takde aktiviti sangat...cuma dinner saje la...BBQ kerang bakar, udang, fun fries..tapi tak puas hati makan kerang dgn udang..dah la tak masak..fuh!!!hanyir je bau...pas je dinner...apa lagi...acara kemuncak...karaoke la...melalak sampai tgh malam...tapi ramai yang mengantuk dan penat...mana taknya...sehari suntuk beriadah...mau tak penatnmya...

Ahad, kteorang semua bergerak balik ke sekolah...tapi sayang la...ingatkan nak konvoi ramai2..tapi masing2 buat haluan sendiri...





Doa Lapang Hati...

Doa Kelapangan Hati:

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي

Artinya: "Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS. Thaha: 25-27)

Selamat Hari Ibu

8hb Mei...Hari Lahir ibuku Pn.Jamilah Musa...bersamaan dengan Hari Ibu 2011...Kami, anak-anakmu sangat sayang kepadamu mak...Love You Forever...moga mak panjang umur dan sihat sentiasa...

Kita kena tipu lagi ke?

http://beritasemasa.com/

Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak  0.20 sen menjadi RM 2.90/liter dan menjadi sejarah kenaikan tertinggi harga minyak di Malaysia.trans Harga Minyak Naik Lagi Kerajaan Tipu Rakyat?
Bagi pengguna minyak RON 95, tidak berlaku kenaikan dan harga masih lagi kekal RM 1.90 / liter.Dalam kenyataan kerajaan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan selepas pilihanraya Negeri Sarawak 2011 tempoh hari, tup-tup, naik 20 sen.Kami memang dah jangka.Kalau kerajaan kata tak naikkan harga minyak, memang akan berlaku kenaikan harga dalam tempoh terdekat.
Kali ini, apa pula alasan kerajaan? Minyak dunia naik lagi? Pada hari pengumuman kenaikan harga minyak sebelum ini, harga minyak mentah pasaran dunia adalah sekitar $115.Tapi, kali ini, harga minyak mentah bergerak pada kadar $110, boleh naik pulak lagi 20 sen?
Kalau dulu rakyat Malaysia boleh bergembira mengisi minyak berkualiti RON 97, kini ramai beralih arah kepada RON 95 untuk mengurangkan kos.Mungkin bagi kerajaan, kenaikan ini tidak seberapa.Tapi kalau satu tangki minyak penuh 40 liter, dengan kenaikan 20 sen/liter, banyak perbezaan di situ.
RON 97-RM 2.70
Minyak penuh 40 Liter= RM 108
RON 97-RM 2.90
Minyak penuh 40 liter= RM 116
Beza RM 8.
* Katakan sebulan isi minyak penuh 4 kali-RM 8 x 4=RM 32/sebulan
* Kalau setahun? RM 32 x 12 bulan = RM 384 / setahun!
Itupun kalau tiada kenaikan dalam setahun.Kalau setahun 3 atau 4 kali naik, tak tahulah apa kami nak kata. Takkan asyik rakyat sahaja yang kena berkorban, kena ubah cara hidup, dipaksa dan ditekan untuk menggunakan minyak yang lebih berkualiti? Tugas kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan rakyat, bukan hanya nak kejarkan pembangunan yang tidak menampakkan hasil ekonomi.
Kami rakyat dah acapkali mengalah dalam isu kenaikan harga barang dan sebagainya, namun kerajaan masih tidak prihatin terhadap nasib golongan rakyat bawahan.Bukanlah kami menafikan kenaikan harga tidak akan ada, tapi dengan ekonomi rakyat sekarang, ianya terlalu sensitif.
Bukan harga minyak sahaja yang akan naik.Harga barang lain juga akan terikut sama.Mula la para peniaga menaikkan harga barang sesuka hati, atas alasan minyak naik.Padahal bukan mereka hantar barang guna minyak RON 97 pun!. Takkan la sampai nak jadi macam Kerajaan di Mesir dan Libya, baru pemimpin ni nak bertolak-ansur dengan rakyat?
Mungkin dalam masa terdekat ini, perkara ini tidak berlaku, tapi kalau dah asyik kena “tunjal” kepala je bertahun-tahun, sampai nak makan pun susah, inflasi meningkat, kerja tak ada, harga barang naik melampau, kebangkitan rakyat menentang rejim kerajaan sekarang tidak mustahil.
Apa-apa pun, apa pandangan anda dalam kenaikan harga minyak terbaru ini?

di kala hati ini sepi...


















petang yang berpeluh

petang nie tersangat penat...
join main bola sepak dengan budak2...apa lagi...mcm2 skill la keluar...
hehe...setakat main dgn budak bley la buat skill...tu tak penting...
apa yang penting keluar peluh badan pun sihat...
malam nie aktiviti budak2 tengok TV..tapi TV macam tak bley pasang je...problem kat mana ntah...
LANTAK LA AOKME...



Petua Untuk Selesaikan Masalah dalam Sebuah Hubungan

1. Tenangkan Diri - Jangan cepat sangat melenting tidak tentu hala bila ada masalah. Tak perlu nak tunjuk siapa hebat, anda atau dia. Itu tidak penting. Yang penting anda dapat berfikir secara bijak dan tenangkan diri.

2. Beralah - Kalau kena caranya pasangan anda boleh cair dan mudah-mudahan lembut balik hatinya jika dia sedang marah.

3. Dengar Luahan Hati Pasangan - tabahkan hati dan cuba bersabar. Biarkan pasangan anda habiskan kata-katanya. Tunjukkan padanya yang anda prihatin dengan perasaannya.

4. Kawal Diri - Ada kalanya pasangan anda akan hilang pertimbangan. Lebih baik anda senyap dan kawal diri daripada berbuat sesuatu yang bercorak provokasi.

5. Jangan Merasa Hanya Kita Yang Betul dan Pasangan Anda Selalu Salah - Jangan sesekali letakkan kesalahan itu seratus peratus pada pasangan anda. Perlu ingat, setiap perkara yang jadi pasti ada puncanya. Fikir secara positif dan terbuka. Mungkin pasangan anda melakukan kesalahan disebabkan kelemahan anda.

6. Doa - Bersabarlah. Doalah mudah-mudahan Tuhan akan lembutkan hati pasangan anda dan anda sendiri juga akan berlembut.

Selamat Hari Pekerja

1 Mei...cuti, ya...mmg la cuti tp cuti utk orang yang bekerja saja...hehe...aku harap mutu kerja dapat ditingkatkan dari hari ke hari...walaupun tugas aku nampak mudah tapi...siapa yang tahu...tuhan saja la yang tahu...melayan karenah budak2 asli...macam2 la...dugaan dan kesabaran tu sangat penting...bukan mudah menjaga murid2 nie, kena menjaga segala aspek diorang...makanan, kesihatan, kebersihan & paling penting ialah keselamatan mereka...emm...cita-cita untuk menjadi seorang jurutera tetap ada...tapi rezeki belum ada...