Pantun Hilang Dara


Bermula dgn sekadar mengurat
Lalu bertemu di satu tempat
Maka tangan pun mula melorat
…Lawan peluk tak kurang hebat
 
Bila peluk sama rapat
Nafas pun tersekat-sekat
Baju sendat turut terangkat
Gunung berluruh turut d’pnjat
 
Tinggi rendah,bacaan disukat
Jarum meter bepusing ligat
Lubang kosong mula tersumbat
Habis longgar dlunya ketat
 
Ular sakti menikam tepat
Bisa terpancut kononnya ubat
Ubat cinta tak pernah tergugat
9 bulan perut sarat
 
Dulu kosong skrg berat
Bila d’tnya kata terjerat
Time kangkang kononnya nikmat
Cepat lah abg cepat lah cepat
 
Pikir dunia tak ingat akhirat
Dapat baby di buang merempat
Masalah selesai kononnye selamat
Buat dulu pastu taubat
 
Tapi skrg sudah terlambat
Segala amalan di hitung di catat
Tunggu lah masa tunggu lah saat
Di akhirat kelak HANG TAKKAN SELAMATTT

Aktiviti 29.05.12

Lauk untuk esok....

Petua kesihatan Imam Syafie


Petua dan tips menjaga kesihatan badan yang digalakkan oleh Imam Syafie. Boleh sama-sama kita amalkan demi menjaga kekuatan tubuh untuk menempuh hari-hari mendatang.
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

15 cara mudah kusyuk dalam solat


1. Mendirikan sembahyang pada awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak terlalu tergopoh gapah apabila masa hampir habisnya waktu sembahyang itu.
2. Hendaklah kita menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
3. Untuk menjauhkan pemikiran tidak meliar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, pengertian bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Hal ini kerana, bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang mendalam, halus yang patut diketahui oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat hendaklah dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi/fokus (Khudunul Qolbih), menyedari bahawa Allah sedang memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah S.W.T., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah S.W.T.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah S.W.T menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Mendirikan sembahyang secara berjemaah (sangat digalakkan).
10. Mengambil wuduk dengan sempurna (ambillah perkara yang sunat sekali).
11. Membesarkan Allah S.W.T dalam solat, merasakan kehebatan Allah S.W.T dalam solat.
12. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Serta elakkan penggunaan sejadah yang mempunyai lambang salib, kadang-kadang ia mengelirukan.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan,kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. Sah sembahyang itu, jika kita melihat tempat-tempat lain. Cumanya, pahala akan berkurang dan orang di sekeliling akan mula pelik, dan tertanya-tanya. Mungkin cabaran buat yang sedang sembahyang, tiba-tiba digigit oleh nyamuk.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Sebolehnya elakkan memakai pakaian yang bergambar,berwarna-warni, bertulis, ada lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Contohnya,”Eh, baju Machester United tuh, kira satu geng dengan aku tuh”. Kan dah hilang fokus!!

Khusyuk tidak dapat diperolehi sekiranya :
1. Gerakan solat terlalu pantas.
2. Membaca terlalu cepat.
3. Tidak fokus pada perbuatan.
4. Tidak fokus pada pembacaan.
5. Niat ingin segera menghabiskan solat.

Camping Oh Khemah!!!

Alhamdulillah...selesai juga aktiviti perkhemahan yang di adakan di Camp Site sekolah...tahun nie tak dapat buat di Sg.pauh sbb kekurangan bajet...so, kembali semula di adakan di Camp Site sekolah...so far, aktiviti berjalan lancar...untuk tahun nie aku ditugaskan menjaga keselamatan dan menjaga kumpulan semasa jungle tracking...diadakan selama 3hari 2malam..

Mengambil buluh untuk dibuat Gadjet
Briefing sebelum khemah
membuat gadjet ampaian dan rak kasut
eyah!!!ayuh lapah Kambing...
potong...potong...
Cak Canok!!!
Taklimat dulu sebelum masuk hutan
bakal askar...soldier boy!
En.Satan (dalam kartun dragon ball)...haha
meredah sungai...cetek je...
tu dia...wajib jatuh...sape tak jatuh kita jatuhkan...
cubaan melarikan diri yang makan diri sendiri....
meredah bawah pokok durian (nasib la tak musimnya)
merangkap...jangan silap jalan sudah....
malam kebudayaan (ada awek tue....)
Kenangan 2012







Sambutan hari guru 2012

dalam kesibukan untuk perkhemahan bersepadu unit beruniform, sambutan hari guru tidak dilupakan begitu. semua guru & kakitangan sekolah terlibat dalam acara nie...macam2 program diadakan antaranya persembahan oleh murid, persembahan guru lelaki & perempuan, juga pertandingan bola tampar dan futsal. Tapi paling best mestilah acara pertukaran hadiah antara guru-guru juga staf... :)












Aktiviti 16 Mei 2012

Petang tadi, lepas je habis sambutan hari guru dalam pukul 2 ptg kteorang terus bergerak ke bukit depan sekolah untuk buat halangan Jungle Tracking...dalam 4 halangan yang dibuat...dengan kerjasama semua cikgu berjaya menyiapkan semua halangan...dalam pukul 5 siap semuanya...ahh...penat tak payah cakap la...tapi keseronokan serta gurau senda semasa membuat halangan menghilangkan sedikit rasa penat...sampai je sekolah semua melantak bihun sup...wah...semua lapar..hehehe...


Membuat halangan merangkap
Memasang tali di cerun tinggi
ada gaya tak menebang pokok?
Puncak Menara...nampak sekolah dari sini...
Berehat sebentar membersihkan kasut

Selamat Hari Guru 2012

Selamat hari guru diucapkan kepada kawan-kawan seperjuangan di Menson.Juga tak lupa kepada semua guru aku dari Tabika Kemas, sekolah rendah,sekolah menengah, IPT dan semua yang terlibat secara langsung mengajar aku...Semoga terus berjaya mendidik anak bangsa, jadilah seorang guru yang ikhlas mendidik murid sehingga mereka berjaya...


Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.





Tadi maghrib layan citer nie...sedeynya...cute Fasha...cerita tentang guru dan anak muridnya...




Universiti Malaya & Polis

Minggu ni selama 4hari 3malam...pihak UM dan kerjasama PDRM telah hadir ke sekolah untuk program penyelidikan mereka tentang orang asli kaum semai...jadi program ni melibatkan juga aktiviti bersama budak asrama...malam pertama aktiviti "Ice Breaking" dimana murid-murid dibahagi 5 kumpulan...pelbagai aktiviti di buat oleh mereka...Sabtu tiada aktiviti bersama murid di siang hari, cuma malam jela...aku tak larat nak tunggu, aku balik rumah awal...layan TV...Ahad pula aktiviti sukaneka bersama murid semai...macam2 gelagat...malam tu pula diadakan acara penutup dengan tayangan cerita Pendekar Bujang Lapok di layar besar...dan kemudian persembahan oleh student UM...abis dalam kol 12 la...aku pun balik, maklum la esok sekolah...diorang meneruskan lagi dengan aktiviti karaoke...SEDAP SUARE.....











Trace line Jungle Tracking

Pagi tadi dalam jam 9 pagi , kami ber-6 telah berangkat ke bukit depan sekolah untuk trace line untuk aktiviti jungle tracking masa camping unit beruniform nanti...sangkaan aku memeleset, ingat jalan semudah dulu...hehehe...siap sesat lagi...hampir 4 jam juga la duk atas bukit tu...hahaha...pertengahan jalan okay lagi, bila nak turun tersalah jalan...cari2 ak jumpa sebab kesan track lama dah takde...Alhamdulillah la...akhirnya usaha mencari jalan keluar berjaya...lain hari plak aku naik semula...sebab nak pasang tali, buat halangan lagi...baru la mencabar...

Family Day at Port Dickson

ONE BIG FAMILY DAY MENSON 2012
4-6 MEI 2012

Port Dickson Golf & Country Club, Negeri Sembilan




Acara siang:

acara dukung anak...aku? dukung diri sendiri je...
Dragon Run
Acara kemuncak...
Breakfast...lazat....
Bersiap sedia untuk gempur...
BIG HAPPY FAMILY...LOVE...LOVE








Acara malam: 

Meraikan hari Ibu
dapat hadiah cabutan bertuah... :)
Dinner...EMMM sodap!