Aktiviti Cuti Peristiwa


Isnin baru nie cuti peristiwa sekolah sebab sukan diadakan pada hari Ahad, so aktiviti aku dan kawan2 apalagi...g memancing la...turut serta aktiviti nie adalah pengawal keselamatan sekolah (penduduk tempatan) .kawasan lubuk adalah rahsia...konon...hahaha...kononnya nak dapat kelah la...keh2...aku asalnya taknak pn mancing nie just saje2 je nak usha port...tak pernah g lagi sebelum nie...member aku bawa 2 joran so, dia bagi pinjam satu...apalagi...mancing la koi...tunggu..tunggu...penuh kesabaran...puiii....bosan aku xdapat sekor pun...

Matahari memacak di atas kepala menandakan sudah masuk tengahhari, so kami pun start la memasak lauk-pauk...iaitu...sardin dan telur dadar...sambung pulak mancing dalam sejam lebih...pastu kami pun bergerak balik memandangkan hari nak hujan...OTW balik hujan lebat pulak...fuhh sejuk giler...giler pun tak sejuk mcm nie...samapi rumah mandi & tidur la...letih beb...BYE!!!

Sukan Tahunan 2012

Selesai sudah sukan tahun nie...persiapan hampir seminggu untuk acara nie...tahun nie aku rumah Toman(Biru)...Nama rumah2 sukan tahun nie diambil sempena nama ikan...Tengas(Hijau) , Kelah (Merah) & Patin (Kuning)...Tahun nie rumah biru dapat tempat ke 3...Manakala pertandingan rumah tercantik adalah MILIK KAMI...hehe...jom nengok gambar... kalo nak tgok lebih banyak gambar bley tgok kat blog sekolah aku ... http://skmensoncameron.blogspot.com/

Acara 4 X 100m (Guru & Orang Kg.)

Telah dimenangi oleh kami...hip hip...horrey!!!

Ashri
Syaiful
Rosdam
Mat Din
2012 bor !!!

Rumah Sukan yang bertanding...
Tengas
Kelah
Patin
Toman


















Jamuan Raya peringkat sekolah


Beberapa minggu yang lepas sekolah telah mengadakan jamuan hari raya...untuk tahun nie aku ditugaskan menyediakan lemang...lemang diberi nama " lemang raja kelah" ...haha...terima kasih la kepada kawan2...terutamanya geng2 JAGA yg menyediakan buluh serta membakar lemang...aku tolong masuk pulut dgn santan je...



Geng Lemang menyediakan lemang untuk hidangan
Antara murid-murid yang hadir...cantik...
aku bersama Kuyen (Raja Masakan)
Antara cikgu-cikgu dan staf...ramai lagi sebenarnya....
Part paling sedih...panjang ceritanya...


Salam Aidilfitri 2012

Macam biasalah....setiap tahun mesti beraya di Temerloh...Raya kedua dah balik Muadzam Shah...


Bengkel Pengurusan Aset Alih Kerajaan

Semalam pihak sekolah menganjurkan bengkel pengurusan aset alih sekolah. So, mereka yang terlibat tentulah AJK PAP.aku salah seorang yang terlibat, secara rasminya di lantik sebagai pem.pegawai aset (sekolah)...kalo ikutkan tahun dah 2 tahun aku pegang jawatan nie...tapi kena mula balik tahun nie, so akhir 2013 nanti la bertukar orang plak...ciss...


Ceramah oleh En.Shafie
Antara AJK yang hadir
AJK juga...datang sembang je...hehehe..gurau2...
What the ???
Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah (Tuan GB baru)
Jamuan makan santapan kelaparan...

Choral Speaking

Minggu lepas bawa budak choral speaking...aku DRIVER TETAP SEKOLAH je...hehehe...di adakan di SJKC Brinchang...so, far...okay la budak sekolah aku nie...hanya 7 sekolah je bertanding bagi sekolah rendah...yang menariknya...persembahan sekolah rendah terbaik dari sekolah menengah...






Jalan-jalan CH

Minggu nie family Pakjang aku mai Cameron, so aku ler yg jd pemandu pelancong...hehehe...



Pantun Hilang Dara


Bermula dgn sekadar mengurat
Lalu bertemu di satu tempat
Maka tangan pun mula melorat
…Lawan peluk tak kurang hebat
 
Bila peluk sama rapat
Nafas pun tersekat-sekat
Baju sendat turut terangkat
Gunung berluruh turut d’pnjat
 
Tinggi rendah,bacaan disukat
Jarum meter bepusing ligat
Lubang kosong mula tersumbat
Habis longgar dlunya ketat
 
Ular sakti menikam tepat
Bisa terpancut kononnya ubat
Ubat cinta tak pernah tergugat
9 bulan perut sarat
 
Dulu kosong skrg berat
Bila d’tnya kata terjerat
Time kangkang kononnya nikmat
Cepat lah abg cepat lah cepat
 
Pikir dunia tak ingat akhirat
Dapat baby di buang merempat
Masalah selesai kononnye selamat
Buat dulu pastu taubat
 
Tapi skrg sudah terlambat
Segala amalan di hitung di catat
Tunggu lah masa tunggu lah saat
Di akhirat kelak HANG TAKKAN SELAMATTT

Aktiviti 29.05.12

Lauk untuk esok....

Petua kesihatan Imam Syafie


Petua dan tips menjaga kesihatan badan yang digalakkan oleh Imam Syafie. Boleh sama-sama kita amalkan demi menjaga kekuatan tubuh untuk menempuh hari-hari mendatang.
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

15 cara mudah kusyuk dalam solat


1. Mendirikan sembahyang pada awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak terlalu tergopoh gapah apabila masa hampir habisnya waktu sembahyang itu.
2. Hendaklah kita menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
3. Untuk menjauhkan pemikiran tidak meliar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, pengertian bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Hal ini kerana, bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang mendalam, halus yang patut diketahui oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat hendaklah dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi/fokus (Khudunul Qolbih), menyedari bahawa Allah sedang memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah S.W.T., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah S.W.T.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah S.W.T menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Mendirikan sembahyang secara berjemaah (sangat digalakkan).
10. Mengambil wuduk dengan sempurna (ambillah perkara yang sunat sekali).
11. Membesarkan Allah S.W.T dalam solat, merasakan kehebatan Allah S.W.T dalam solat.
12. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Serta elakkan penggunaan sejadah yang mempunyai lambang salib, kadang-kadang ia mengelirukan.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan,kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. Sah sembahyang itu, jika kita melihat tempat-tempat lain. Cumanya, pahala akan berkurang dan orang di sekeliling akan mula pelik, dan tertanya-tanya. Mungkin cabaran buat yang sedang sembahyang, tiba-tiba digigit oleh nyamuk.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Sebolehnya elakkan memakai pakaian yang bergambar,berwarna-warni, bertulis, ada lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Contohnya,”Eh, baju Machester United tuh, kira satu geng dengan aku tuh”. Kan dah hilang fokus!!

Khusyuk tidak dapat diperolehi sekiranya :
1. Gerakan solat terlalu pantas.
2. Membaca terlalu cepat.
3. Tidak fokus pada perbuatan.
4. Tidak fokus pada pembacaan.
5. Niat ingin segera menghabiskan solat.

Camping Oh Khemah!!!

Alhamdulillah...selesai juga aktiviti perkhemahan yang di adakan di Camp Site sekolah...tahun nie tak dapat buat di Sg.pauh sbb kekurangan bajet...so, kembali semula di adakan di Camp Site sekolah...so far, aktiviti berjalan lancar...untuk tahun nie aku ditugaskan menjaga keselamatan dan menjaga kumpulan semasa jungle tracking...diadakan selama 3hari 2malam..

Mengambil buluh untuk dibuat Gadjet
Briefing sebelum khemah
membuat gadjet ampaian dan rak kasut
eyah!!!ayuh lapah Kambing...
potong...potong...
Cak Canok!!!
Taklimat dulu sebelum masuk hutan
bakal askar...soldier boy!
En.Satan (dalam kartun dragon ball)...haha
meredah sungai...cetek je...
tu dia...wajib jatuh...sape tak jatuh kita jatuhkan...
cubaan melarikan diri yang makan diri sendiri....
meredah bawah pokok durian (nasib la tak musimnya)
merangkap...jangan silap jalan sudah....
malam kebudayaan (ada awek tue....)
Kenangan 2012







Sambutan hari guru 2012

dalam kesibukan untuk perkhemahan bersepadu unit beruniform, sambutan hari guru tidak dilupakan begitu. semua guru & kakitangan sekolah terlibat dalam acara nie...macam2 program diadakan antaranya persembahan oleh murid, persembahan guru lelaki & perempuan, juga pertandingan bola tampar dan futsal. Tapi paling best mestilah acara pertukaran hadiah antara guru-guru juga staf... :)