MSSD 2013 - Day 4

Alhamdulillah...akhirnya tamat sudah kejohanan balapan & padang MSSD tahun 2013...dah sekolah aku telah menjadi JOHAN keseluruhan bagi sekolah rendah dengan pungutan 3 emas 3 gangsa...1 emas berharga dari team 4X100m lelaki yang sebelum ini tak target pun emas...mungkin selepas mendengar kata-kata semangat dan ugutan tak boleh makan KFC kalau tak dapat emas kot...hehehe...tahniah buat murid-murid Menson...

Keputusan hari ini:

100m :
P12 (gangsa)

4X100m :
L12 (emas)
P12 (emas)

pencapaian hari ke-4 : 2 emas 1 gangsa

KESELURUHAN : 3 EMAS 3 GANGSA (JOHAN)

AKSI-AKSI HARI AKHIR























MSSD 2013 - Day 3

Hari ketiga - Acara balapan memulakan acara pada sebelah pagi dan petang, budak sekolah aku masuk beberapa acara dan ini hasilnya setelah tamat saingan pada hari ketiga...

100m :
L12 (tempat ke-7 saringan)
P12 (tempat ke-3 saringan)

4X200m :
L12 (gangsa)
P12 (emas)

200m :
L12 (tempat ke-8 Final)
P12 (gangsa)

pencapaian hari ketiga : 1 Emas 2 Gangsa.

walaubagaimanapun saingan sengit ditunjukkan oleh peserta sekolah aku dan hampir meraih emas atau perak untuk saingan 4X200m lelaki...tapi takde LUCK..


AKSI-AKSI HARI KETIGA















MSSD 2013 - Day 2

Hari kedua - kali ni bawa ramai budak...acara yang sekolah aku terlibat ialah lontar peluru L P , lompat jauh L dan 200m saringan L P...perjalanan macam biasa la...wajib muntah...uwekk...pagi nie acara mula awal dari semalam...emmm..hari ni macam semalam tiada lagi pingat dituai...takpe2...berbalik kepada acara lontar peluru perempuan sekadar dapat nombor empat terbaik...hampir berjaya dapat gangsa...tapi tewas perkiraan jarak mata...budak ni sedikit nervous...yang lelaki malas nk citer...HEHEHE...faham2 la...buat syarat je...begitu juga lompat jauh lelaki...mana taknya perempuan lompat lebih jauh dari dia...

Acara saringan 200m plak, dapat nombor dua untuk lelaki dan perempuan...berjaya masuk ke FINAL esok...In Sha ALLAH boleh tuai pingat untuk perempuan...yang lelaki mayb kot...tengok la kalau ada rezeki...ada KOT...percaya!!! :-p ...


 AKSI-AKSI HARI KEDUA













MSSD 2013 - Day 1

Untuk tahun ketiga aku ditugaskan oleh pentadbir GPK Ko untuk membawa serta menguruskan murid Menson ke kejohanan MSSD...takpe, tak kisah...seronok juga, takde la asyik terperap dalam hutan je...kejohanan tahun ni agak jauh dari biasa, iaitu di SK Kampung Raja...lebih kurang sejam dari sekolah aku...awal pagi aku dah gerak, katanya jam 8.30 pagi dah start...walhal..9.30 baru start..perhghh...berbulu aku...untuk hari pertama just bawa 3 orang budak untuk acara lompat tinggi dan lompat jauh...keputusan dah dijangka...sekadar memenuhi koata je...sebab target sekolah aku dalam acara larian...takpe...sekurang-kurangnya Shah Irwan pesera lompat tinggi berjaya membaharui rekod peribadinya iaitu 1.24m berbanding semasa training tak sampai pun 1.20m...okay la tu...

Tiga orang atlit sekolah hari pertama
nampak perbezaan ketinggan?
aku suruh training, diorang duk saje...