Suara Cinta

 
Dahulu cinta kita berbunga
Sayang sepenuh nyawa
Di dalam hatiku merindu
Sayang kau tak tahu

Dahulu kita berjanji setia
Tidak akan berpisah
Katamu hanyalah diriku
Buat selamanya

Sehingga kini ku masih sayang
Tapi mengapa kau hilang di mata
Sehingga kini ku masih cinta
Apa pun terjadi tetap setia

Oh kekasih
Dengarkanlah suara cinta dari hatiku
Oh kekasih berpeganglah pada janji
Ya Tuhanku berikanlah petunjukmu pada kekasihku
Moga takdir melindungi cinta kita sepanjang masa

Alangkah bahagia kurasa
Setelah kau insafi
Janganlah engkau mungkiri
Menghiris hatiku

Oh...senyum...

Today...hamba beli sepasang arnab...comel la jugak...arnab nie xlama lg akan tggal dalam sangkar besar...kalo dah siap, mereka akan tinggal disana...papai si arnab...Fiki & Miki
di dalam kotak kasut je tokey letak..haha

fiki & miki

dia malu-malu...dia segan-segan



berakhirlah sebuah ikatan...JIKA...



Cinta kadang-kala tidak dapat diduga awal dan akhirnya. Ada yang bermula dan berakhir dengan kebahagiaan namun ada yang hanya bertahan untuk tempoh yang singkat sahaja. Sekiranya anda sedang dilanda waktu genting dalam percintaan anda, cuba lihat tanda-tandanya. Panduan ini berguna supaya anda tahu apakah hubungan itu masih dapat dilanjutkan atau tidak.

Dia Tukar Nombor Telefon
Tukar nombor telefon tanpa beritahu anda. Atau kalau anda mendapat nombor barunya, dia tak mahu mendengarnya. Ini tanda dia sememangnya tidak mahu mendengar suara anda lagi.

 Duduk Berjauhan
Dulu, duduk berdekatan dan bermesra. Kalau dulu berduaan, ada saja yang dibicarakan. Tapi sekarang, dia hanya mementingkan kerja dan mungkin buat-buat sibuk untuk cuba mengelakkan dari berbicara dengan anda.

Suka Menghabiskan Masa Dengan Orang Lain
Dulu dia selalu mencari-cari waktu untuk bersua, tapi sekarang dia lebih suka menghabiskan waktu dengan orang lain atu teman-temannya. Dalam perbualan pun, dia tidak lagi bersependapat dengan anda lagi seperti dulu lagi.

 Pindah Rumah Tanpa Beritahu
Alasannya, lupa untuk memberitahu anda. Namun sebenarnya ini adalah tanda dia tidak lagi ingin berhubungan dengan anda lagi.

 Foto Anda Dihilangkan
Foto-foto anda diletakkan merata tempat yang tersorok seperti di bawah meja dan di laci. Dia bukannya menyimpan gambar anda sebagai kenangan atau nostalgia sebaliknya tidak mahu melihat wajah anda lagi.

 Dia Lebih Senang Pergi Bersama Teman-Temannya
Ciri-ciri ini dengan jelas dia lebih suka berdampingan dengan teman dia berbanding diri anda. Anda bukan lagi orang yang paling istimewa dalam hidup dia seperti dulu lagi.

 Katanya Hubungan Sudah Berakhir
 Kalau hubungan ini sudah berakhir begini, bermakna itulah permintaan dia dan anda harus menerima dengan hati yang terbuka.

 Lupa Hari Jadi Anda
Jika sebelum ini ingat, tapi kini sudah lupa. Jangan tanya kenapa, tetapi faham-fahamlah sahaja bahawa anda sudah tidak berada dalam hidupnya seperti dulu

kamu mimpi apa?itu...ini...???


Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
  1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
  2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  12. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
  18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
  20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  22. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
  23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  30. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  31. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  32. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  33. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  34. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
  35. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  36. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  37. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
  41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
  49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
  52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
  53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
  54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
  55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
  56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
  57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
  58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
  59. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak
Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman
  1. Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
  2. Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
  3. Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
  4. Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
  5. Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
  6. Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
  7. Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
  8. Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
  9. Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
  10. jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
  11. Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
  12. Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
  13. Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
  14. Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
  15. Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
  16. Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
  17. Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
  18. Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
  19. Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
  20. Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
  21. Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
  22. Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
  23. Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan
Bermimpi Akan Haiwan
  1. Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
  2. Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
  3. Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
  4. Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
  5. Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
  6. Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
  7. Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
  8. Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
  9. Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
  10. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
  11. Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
  12. Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
  13. Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
  14. Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
  15. Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
  16. Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
  17. Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
  18. Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
  19. Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
  20. Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
  21. Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
  22. Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
  23. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
  24. Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
  25. Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
  26. Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
  27. Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
  28. Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
  29. Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
  30. Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal

kenapa blog aku tak best?

sebab...aku xde cerita sensasi...sbb aku nie kolot...xreti nak luah perasaan...aku coret apa aktiviti aku kerja je...ada la info sket2 aku isi...tp banyak aktiviti aku di C.highlands je...


Tak Tau Nak Kata Apa...

Tak tau nak kata apa...kalau dah mmg hebat...mmg tak tau nak kata apa...sekalung tahniah kepada pasukan sepak takraw sekolah kerana telah menjadi Juara Sepak takraw (bawah 12 tahun) MSSD Cameron Highlands...pasukan sekolah telah menghantar dua Team...A & B....team A menjadi juara manakala Team B sekadar ditempat ke-4...kira okay la tu...


Pemain & jurulatih meraikan kemenangan

Selesai halangan pertama

Pada 20-22 Mac 2011 yang lepas...aku telah menghadiri kursus Induksi di Hotel Seri Malaysia Temerloh...aku bergerak dari C.Highlands jam 2 petang hari sabtu...terus ke rumah Tok aku kt Temerloh...bermalam di situ...esoknya...baru lapor diri di Hotel Seri Malaysia Temerloh...Sampai2, terus check in...pastu...apa lagi...mandi kolam la aku ng  member2 aku...Kursus yg singkat nie tak memberi peluang untuk aku mencari jodoh...haha...xdela...mencari kawan2...al-maklum la...sebelum nie, kursus induksi selama 2 minggu...tp aku cuma 3 hari je...hehe...datang kursus hanya untuk mendengar taklimat, tugasan kumpulan & exam penilaian je...xde pn aktiviti lain...tak macam geng2 dulu banyak aktiviti selama 2 minggu...huh...seronoknya...apa tujuan aku pergi Induksi nie???sebenarnya...kursus nie salah satu syarat untuk seseorang penjawat awam untuk CONFIRM dalam perkhidmatan...selepas kompem..kita akan buat pilihan...nak skim pencen atau KWSP...aku berharap lulus dengan jayanya...Amin...apa pun...aku ttp seronok...


Kenangan Kursus Induksi Kump.II (siri7/2011)


Bahaya! Bahaya! Oh Lelaki ! Peringatan!

Oh...tidak...benarkah???apa yang dikatakan dalam akhbar baru-baru nie...sangat bahaya nie...tambah2 lagi aku belum kahwin...hehe...


Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.“Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.N – Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.

Kucing montok comel

comel betul la kucing yang gemuk nie...teringat pulak kucing aku yang bernama BEAR.. (nama cam beruang..hehe)...tp dah mati lama dah...aku teringat kat dia sbb badan dia berat lebih kurang 6kg...berat x?tu la kucing paling berat aku bela...dia mati ssb kena batu karang...sedih btl tgok saat dia mati...









Kawan akhir zaman

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna

Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat

Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana

Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah

Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka

Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan

Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman

Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat

Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh….