Bosan tengok berita sekarang

Tak tau la...bosan gila sekarang kalau tengok berita...tak habis2 pasal politik yang ntah apa kejadah ntah...Liwat la...video seks la...aku bukan nak memihak pada mana-mana parti politik tapi sebagai rakyat aku nak tengok berita tentang hal2 yang lebih penting dari semua tu...peduli apa aku kalau Anuar Ibrahim masuk lokap...aku tak kisah pun...kalau nak sumbat dalam penjara masuk la cepat2...kadang2 kerajaan nie lebih pentingkan hal mcm nie...aku rasa tak perlu la...ramai lagi rakyat kita memerlukan bantuan...gejala sosial di kalangan remaja sekarang pun makin meningkat, anak haram bersepah-sepah...pergaulan bebas sangat berluasa, gadis2 melayu ISLAM minum arak tanpa segan silu...jadi...kenapa tak fokus kepada benda2 macam nie???remaja sekarang la masa depan negara...ramai sangat remaja sekarang terutama melayu yang hancur...sepatutnya benda2 yang nampak remeh la nie yang sangat membimbangkan bukannya hal liwat Anuar & Saiful...bosan tau tak!!! dulu aku suka tgok berita TV3...sekarang nie, nak tengok pun rasa bosan...kalo mcm nie la kesudahannya...emmm...

kenduri

Sabtu & Ahad kenduri perkahwinan paksu dan maksu...suasana di kampung agak riuh-rrendah dgn saudara-mara yang pulang...jumaat mlm tu kteorang bgerak ke Jengka 19 untuk majlis akad nikah...aku tgok muka paksu aku mcmgabra je...hehe...maklum la...orang kata sebelum akad mmg berdebar2...huh!...amboi tok Imam, banyak betul dia soal paksu aku...haha...alhamdulliah...3 kali percubaan akad akhirnya berjaya...lihatlah acara2 akad nikah...

Muka yang berdebar2
  
selesai akhirnya...

sabtu plak kenduri di jengka 19...aku...jeng2...jadi pengapit secara paksa...huh!!!





Mencari durian diwaktu petang

petang tadi...seronok sangat...selepas je orang audit balik dalam jam 3 ptg terus bersiap2 nak ke Telanok...mau cari durian (sempak)...nak bawa balik kat kampung, nak bagi saudara-mara rasa durian C.Highlands...hehe...sampai je Telanok, kami singgah di kuarters sekolah sana...cikgu Ina pelawa kami makan durian dalam 5 biji...fuh rasanya...sedap sekali...selepas je makan, kteorang berenam bersama-sama cikgu-cikgu Telanok bergerak ke kampung2 mencari durian...hampir 3 buah kampung kami cari tadi...thanks to cikgu2 sana yang baik hati bawa kami ke kampung sana bertanya dengan orang kampung...

Hasilnya setelah hampir 2 jam cari
Kami berjaya mencari durian
Perjalanan yang agak mencabar juga
Melalui kawasan sekolah
Unik: sinki rumah di luar
Perjalanan ke rumah orang kampung
Suasana hampir senja sangat cantik
Kabus mula menyelubungi dikala senja

Cuci kolam asrama

petang tadi cuci kolam asrama...cadangnya jam 3...tapi sedap sangat aku tdo...jam 4 baru start...
tujuan utamanya nak tangkap ikan kelah & tengas...nak masukkan dalam kolam sekolah...
bukan ape...kolam asrama banyak ikan kena jangkitan kulat kat badannya...
aku risaulah kalau kelah yang kena...yela, ikan mahal...
punya la susah mau tangkap kelah guna tangan...
last2 guna sauk jela...bukan pe, risau sisik dia tercabut...
dah la selipar aku licin, banyak kali terjatuh...yang aku geram dgn budak2...
kita jatuh bley plak diaorang bantai gelakkan aku...(ciss budak2 nie nak kena)...sakit woo kaki aku...
ikan talapia sekor aku buat lauk...suruh org dewan makan tlg masakan...
tp...aku tak berapa selera makan ikan talipia...yela, bela dari dia kecil lagi...kecian pn ada...hehe...
misi cuci kolam...berjaya!!!thanks to Che Mie & budak2...

Menentukan hala tuju cinta

Cinta, seperti mengejar sebuah kejayaan, memerlukan anda untuk meletak ‘mindset’. Mindset ni adalah matlamat, azam, target, cita-cita dan target anda. Tanya diri anda sendiri: “Apa matlamat aku bercinta?” Inilah cara untuk menentukan hala tuju cinta Anda sama ada jadi bahagia, duka, cinta sekadar bertukar-tukar pasangan untuk mencari keserasian atau menjadi cinta yang dimeterai dengan ikatan pernikahan.

Lalat pun pandai bercinta
Dalam usia remaja, anda bercinta sebab anda mahu menikmati bagaimana manisnya merasai cinta. Anda jadi suka apabila anda memiliki seorang kekasih. Dialah yang anda rindui, dialah yang anda sukai.

Apabila anda menginjak alam pengajian tinggi, cinta lebih kepada daya rangsangan motivasi. Anda bercinta sebab anda mahu jadikan si dia sebagai rangsangan motivasi anda. Anda jadi bersemangat belajar sebab teringatkan si dia. Anda mahu bila tamat belajar nanti, anda akan kahwin dengannya.

Dalam fasa bekerja, anda bercinta lebih kepada keinginan untuk merasai kehadiran seseorang dalam hidup, sebagai penghilang rasa sunyi. Cinta orang bekerja lebih kepada keinginan untuk hidup bersama-sama, untuk saling mengambil berat, untuk saling bekerjasama dalam apa jua perkara.

Anda mesti kenal pasti untuk apa anda bercinta sekarang ini. Tahukah anda apa matlamat anda bercinta? Adakah untuk ke jinjang pelamin? Adakah untuk mencari orang yang sesuai dengan anda sebelum bernikah?

Mindset anda menentukan kebahagiaan anda. Sama juga dalam usaha mengejar kebahagiaaan, mindset anda menentukan keberhasilan usaha anda. Selidiki hati anda. Kaji apa tujuan anda bercinta. Jika jawapannya muncul tiba-tiba, itu petanda anda tahu apa tujuan bercinta.

Jika anda masih termanggu-manggu tidak tahu apa tujuan anda bercinta, itu petanda bahawa anda belum meletak matlamat cinta – adakah untuk bernikah atau sekadar suka-suka saja?




Suka

antara perkara-perkara aku suka...

1. suka masakan mak...

2. suka makan durian...

3. suka aktiviti di dalam hutan...

4. suka tengok perempuan pakai baju kurung (sangat ayu...so sweet)

5. suka kucing...

6. suka bergurau dengan baby lelaki...

7. suka tengok perempuan pakai cap bawa kereta (fuh...macam Fasha Sandha...)

8. suka main ping pong, badminton dll. dengan budak sekolah rendah (sebab senang nak menang...)

9. suka apa yang aku suka...sekian...


Tak Suka

antara perkara-perkara yang aku tak suka...

1. aku tak suka orang yang suka sangat menipu walaupun kita tau dia menipu dia tetap menipu (berapa banyak menipu daa...)

2. aku tak suka kalau kita duduk serumah dengan kawan, dia hanya menyapu dalam bilik dia je (alang-alang, sapu la sekali satu rumah)

3. aku tak suka kalau masa aku sedap menyembang dia menyampuk cerita lain (sibuk je...sama geli je nak cerita gak)

4. aku tak suka kalau masa aku tengok TV, tetiba je kalih chanel lain (nak penyepak pun ada..hehe)

5. aku tak suka kalau aku tengah drive, orang tegur macam-macam (bawa tak betul la, pegang stereng salah la...)

6. aku tak suka kalau orang komplen aku memasak (kalau dia pandai masak takpe la juga)

7. aku tak suka tengok perempuan gedik-gedik nak tarik perhaatian lelaki (kalau yang pakai tudung lagi la...)

8. aku tak suka apa yang aku tulis pasal aku tak suka nie...?????????
Aku pun bingung apa aku tulis nie...????
 

Hidup ini kadang-kadang serba salah

Terdapat suatu kisah di mana seorang lelaki bersama anaknya membawa seekor keledai ke pasar. Di tengah jalan, beberapa orang melihat mereka dan menyindir: “Lihatlah orang dungu itu. Mengapa mereka tidak naik ke atas keledai itu?”

Kedua-dua bapa dan anaknya mendengar sindiran tersebut. Maka dia suruh anaknya naik ke atas keledai. Seorang perempuan tua melihat mereka dan berkata: “Sudah terbalik dunia ini. Anak itu tidak ada perasaan. Sanggup dia duduk selesa di atas keledai, sedangkan ayahnya yang tua dibiarkan berjalan!”

Kali ini anak itu turun dari punggung keledai dan ayahnya yang naik. Beberapa saat kemudian mereka bertemu dengan seorang gadis muda. “Mengapa kalian berdua tidak menaiki keledai itu bersama-sama?”

Maka mereka pun menuruti nasihat gadis muda itu. Tidak lama kemudian, mereka terserempak dengan sekumpulan orang dan berkata: “Binatang malang…., ia menanggung beban dua orang gemuk tidak berguna. Kadang-kadang manusia memang sangat kejam! ”

Sampai di sini, ayah dan anak itu sudah muak. Mereka memutuskan untuk memikul keledai itu. Melihat kejadian itu, mereka tertawa dan berkata: “Lihat, manusia keledai memikul keledai ” sorak mereka.

Jika anda anda cuba menyenangkan atau memuaskan hati semua orang, pasti anda tidak akan dapat menyenangkan sesiapa pun. Fikir-fikirkanlah.

copy: ENSAIKLOPEDIA-PETUA-MELAYU-LAMA

Kejohanan sukan asrama 2011

petang tadi diadakan kejohanan sukan asrama 2011, perlawanan separuh akhir futsal & bola jaring...pasukan bola sepak yang bermain di separuh akhir tadi team C.Highlands, Lipis, Temerloh & Jerantut...team aku Temerloh (bandar ikan patin) bungkus...sekadar dapat tempat ke-4 je...

Barisan guru & staf yang hadir
Aksi sepakan penalti, penentuan tempat3/4
Antara hadiah dan pingat
Barisan pemain lelaki & perempuan
Penyampaian hadiah
Acara membuka hadiah kemenangan
Jamuan minum petang

Signboard sudah ada...anda pasti nampak

pagi tadi, GB & kami pergi pasang signboard sekolah kat jalan raya...bukan ape...senang sket pemantau nak datang sekolah...haha...ramai yang tak tau sekolah kami kat mana...ada yang terlajak la...tak nampak la...maklum la, kalo dari Ringlet tu...jalan menurun bukit kereta masing2 bawa laju je...mana la nak nampak...so, dengan adanya signboard nie,mudah la sape2 nak nampak sekolah kami nie...

berlakon nombor satu...
sedang membancuh simen bukan bancuh teh tau!
siap akhirnya...

Juara bertahan

Skuad Bola Sepak Sekolah 2011
semalam...diadakan kejohanan MSSD bola sepak...alhamdulillah, sekolah kami sekali lagi berjaya menjadi johan dan selaku juara bertahan 4 kali berturut-turut....pagi2 dalam jam 10, aku keluar ke Tanah Rata menyaksikan pasukan sekolah bermain...cuaca yang yang agak mendung di awal pagi, masuk tghhari hujan mulai turun...secara keseluruhan permainan sekolah kami, sangat mantap...terbaik la...degn hantaran cantik, permainan buka,teratur...secara jujur la aku cakap...terbaik....nak dibandingkan sekolah lain, main cm kejar ayam..serbu ramai-ramai...aduh!sangat x best....tahniah buat cikgu-cikgu yang berjaya melatih mereka bersungguh2...paling dinanti mesti la makan KFC...haha...aku mengambil kesempatan di atas kemenangan diorang...walaupun hadir sebagai penyokong...hehe...thanks to Guru Besar coz belanja KFC ea...kenyang perut...dalam masa 2 minggu lagi, budak-budak di akan mewakili C.Hinghlands untuk kejohanan MSSP Bola Sepak bawah 12 thn di Kuala LIpis...semoga sukses...sukses!!!


cuba perhatikan dengan jelas...sungguh bersemangat...
keadaan padang tak ubah seperti sawah padi
antara sepakan cantik...mengambil free kick...
Pemain bersama 3 orang jurulatih...terbaik
pemain bersama guru-guru yang datang menyokong & join makan KFC
Seronok dapat makan KFC...

Jangan bergerak....angkat tangan!!!

pagi tadi...hehe...ada kes berlaku kat sekolah...berlaku masa rehat tahap 2 (budak darjah 4,5,6)...duit cikgu N (bukan nama sebenar) telah dicuri oleh budak yang datang ke rumahnya untuk beli ais krim...okay, nak jadikan cerita...cikgu R (cikgu displin) memanggil semua murid tahap 2...(berlaku di depan rumah warden...aku tgh sedap mkn ais krim)...hehe...Cikgu N soal punya soal...then, gertak budak nak panggil bomoh...hehe...kelakor plak aku dgr mse tu....budak tu takut pastu mengaku la dia curi...(murid perempuan tau...)...pastu Cikgu N tanya la..mana duit tu???last....budak tu keluarkan dari spender..haha..fuh...anggaran RM100...apa lg...Cikgu R bagi la penangan..menangis budak tu....setelah perbincangan Cikgu2 nak panggil Ibubapa murid tersebut....dalam jam 2.00 petang tadi...Ibubapa murid tu dtg bersama orang kampung (sorang je)...bla...bla..bla...abis cter...aku blik rumah..mandi & tidur....sekian...HAHA...

Moral: bercakap bohong lama-lama jadi pencuri....

teringat masa sekolah rendah dulu-dulu

kalo diingat semula...pastinya zaman kita kecil-kecil paling menyeronokkan...apanya tidak...masa tu la macam2 perkara yang mak bapak marah kita buat...teringat masa aku darjah 2 kot...suka sangat aku tangkap berudu (ala takkan tak tau, bila dewasa nama dia KATAK)...hehe...bukan main seronok sangat kalo dapat tangkap...mana taknya...aku ingatkan ikan...bawa balik rumah, tunjuk kat mak aku...marah dia...dia cakap tu katak la...haha...

Comelnya..macam ikan kelah pulak aku tgok..haha

masa aku duduk kat KL (darjah 3), suka benor aku tangkap ikan keli dalam longkang...abis semua longkang aku tangkap...isshhh2...kaki mmg penuh kudis la...(besa la..budak2 bkn pengotor ya)...dapat je ikan keli tu bawa balik rumah, konon2nya nak bela la...okeh cantik dah letak dalam akuarium, air bersih....esoknya mati...aduh.....nape pulak mati???rupa2nya aku tak taruk anti-clorin...padan la mati...(bila dah dewasa baru la aku teringat pasal anti-clorin tu)...

Longkang camnie, mmg feveret aku la...haha
satu permainan yang tidak harus diikuti, permainan laga semut....cis...kalo dulu mcm2 nama semut ada...semut Ipoh la, semut merah la...cara aku tangkap semut nie dalam lubang mggunakan satu daun..nak kata daun pun tak...macam batang kemuncut la..masuk dalam lubang tu, pastu gentel2 sket...bila ada gerak2 sket..tarik slow2...mesti ada semut lekat...hehe..then, apa lagi...cabut la sesungut semut tu...lawan la 2 ekor tu...haha..jahat...kesian semut tu... 
asyik je tgok semut nie lawan...
sebenarnya banyak lagi permainan gila masa aku kecil2 dulu...apa pun...mmg kenangan tak dapat la dilupakan...rindu kat kawan2 lama...sekian...

Di Penjara Janji

Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir

Sungguh tak pernah ku menduga

Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara

Dia tempat ku sandar

Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu

Mengecap bahagia

Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
Yang aku... mimpi

berfikir sejenak...

Kata-kata Nasihat Dari Ibnu Qayyim.

1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima

kehendak Allah s.w.t.

2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak

dengan Allah s.w.t.


3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok

mengenali Allah s.w.t.

4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung,

bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan

suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadar-Nya.

6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali dengan

menanamkan kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya.

Keperluan atau nafsu

Fuh...fuh...fuh...boleh tahan la harga kamera DSLR aku tgok kat website...teringin juga aku nak pakai kamera nie...semakin hari semakin tercabar aku...kat sekolah aku saja dah ramai yang pakai kamera nie...masing-masing baru je beli...Nikon la...Canon la...Tapi...bila difikirkan semula, perlu ke aku beli???adakah nie semua satu keperluan atau nafsu?setahu aku, aku nie bukan la orang seni sangat...aku pun bukan jenis yang suka bergambar atau tangkap gambar...mungkin nafsu yang lebih-lebih...jap...jap...bila fikir semula...okey gak kalo beli satu...hehehe...sekurang-kurangnya boleh gak tangkap gambar keluarga, honeymoon ke...holiday ke...gambar pun cun tak rugi beli satu...mungkin musim kemera DSLR nie dah tiba....bila abis musimnya nanti...buat besi buruk je la...hehe...

Naik...naik...thanks

copy from : http://beritasemasa.com

Tepat seperti apa yang kami jangkakan dalam artikel minggu lepas, harga minyak naik lagi sebanyak RM 0.20 untuk menjadikannya RM 2.70 bagi Petrol RON 97.Untuk Petrol Ron 95, harga masih lagi tidak berubah. Berikut di bawah adalah kenyataan mengenai kenaikan harga minyak semalam.

KUALA LUMPUR, 1 April – Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.
Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter – kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.
“Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini,”
Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.


Baru 4 bulan, dah 3 kali kenaikan harga petrol bagi RON 97 ini.Kami nak tanya sikit pada kerajaan, atas alasan apa kenaikan ini berlaku? Berkemungkinan jawapan mereka adalah kerana pergolakandi timur tengah yang menjadikan harga minyak melampaui $100 setong, dan kerajaan tidak lagi mampu untuk memberi subsidi bagi petrol kepada rakyat.
Tapi, kami ingin anda fikirkan bersama-sama kami. Minyak yang digali di negara kita, adalah minyak yang terbaik dalam grednya, dan oleh itu ianya dijual di luar negara.Dalam masa yang sama, sebenarnya Petronas juga mendapat laba keuntungan yang besar daripada kenaikan harga minyak dipasaran dunia. Tidak logik sekiranya kerajaan membohongi rakyat berkenaan isu minyak ini.

Minyak kita dijual pada harga yang tinggi, kemudian kita pula beli minyak gred rendah untuk kegunaan rakyat.Kalau diikutkan sifir dan logik, tiada apa sebenarnya yang perlu kerajaan subsidikan.Ianya tidak bermaksud kenaikan harga minyak akan membuatkan kerajaan terpaksa menambah wang untuk membeli minyak gred rendah tersebut.Ini kerana, minyak yang kita jual juga mendapat pulangan yang lebih tinggi.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob,tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.
Apa salahnya bagi subsidi minyak kepada rakyat sebanyak RM 10 Bilion, kalau boleh bagi subsidi kepada IPP sebanyak RM 15.1 bilion.RM 10 bilion untuk 10 juta rakyat Malaysia yang berkenderaan daripada RM 15.1 bilion hanya untuk 7 “kroni”, mana yang lebih baik? Inikah bentuk “Rakyat diDahulukan, Pencapaian Diutamakan”?Akan kami sentuh mengenai isu IPP ini dalam artikel akan datang.

Adakah kenaikan ini selaras dengan pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi? Terpulang kepada anda untuk menilaikannya. Sekarang heboh sangat cerita pasal video seks anwar.Jadi kenaikan ini semestinya tidak disedari akibat daripada populariti video tersebut.Kalau tengok berita media kerajaan nanti, pastinya cerita mengenai “Ketua Polis sahkan video seks Anwar tulen” akan dilebih-lebihkan daripada berita mengenai kenaikan harga minyak ini.

Kerajaan perlu fikir rakyat sama.Bukan sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak atas alasan yang kurang konkrit.Sebab itu kami selalu tegaskan bahawa kerajaan perlu memberitahu rakyat mengenai mekanisma yang digunakan dalam menaikkan harga minyak ini.Bukan beri alasan macam-macam.Rakyat Malaysia sudah semakin maju, tapi kerajaannya masih lagi berifkiran “Dunia Kelas ketiga”.


Tak sangka...kena berhati-hati


kepada korang yang nak beli kereta baru...berhati-hatilah dengan salesman...mujurlah masa aku beli dengan orang tu, aku tak terkena...bulan 12 thn lalu dia pinjam la duit aku RM100 (masa nie aku dah beli kereta..dah settle semua loan)....dia ckp nak pinjam...nak bawa awek dia konvo UiTM Shah Alam...so, aku dgn baik hati bagi la pinjam...dia ckp nak byr mggu depan...tunggu punya tunggu...peh...dah sampai sekarag tak bayar2...aku bukan apa..setakat seratus xpela lagi...aku ada la duit sket nak guna tu...tapi dia tu...sembang punya la bangga...cakap komisen jual kereta 4-5 ribu...aku pelik la...aku msg...aku call...tak balas2...bila call...dia angkat...dia cakap nak bayar petang la...sampai sekarang...nak jadikan cerita...pagi tadi...lepas je habis exam, aku pergi kat tempat kerja dia...aku tak nampak kereta dia, so aku masuklah dalam office dia, aku tanya orang kat situ...kenal tak MAIL?diorang terkejut...aku cakap la kenal tak AHMAD RAFTAIN @ MAIL???diaorang tanya kenapa???aku cakap la dia nie pinjam duit tak pandai nak pulang...pastu diorang panggil aku duduk...diorang cakap...dia dah berhenti...diorang cerita rupa2nya si MAIL nie diburu polis sebab menipu duit pembeli kereta...dia nie tipu duit yang untuk BOOKING kereta...2-3 hari lepas pn...3-4 orang juga datang acari MAIL nie...mujur la aku tak terkena duit booking kereta tu...ada yang terkena sampai RM500-1000...memang celaka la MAIL nie...xpela..nampaknya melayan la RM100 aku..bley gak beli ikan duit tu...cis..xpe2..aku jumpa MAIL tu mmg kena la...TOBAT!!!

Kejohanan sukan daerah

agak lama aku tak kemaskini blog...(cis..padahal baru je beberapa hari)...minggu nie dari hari Isnin sampai Khamis aku tak duduk kat sekolah...aku naik atas (Tanah Rata) bawa bebudak sekolah untuk kejohanan MSSD...bebudak nie berjaya membawa pulang 2 Emas 1 Perak (ketiga keseluruhan dari semua sekolah yg terlibat)...semua pingat nie sumbangan dari atlet wanita ( 4*100 , 4*200 & 80m berpagar )...

semangat atlet sekolah

Bah Uji mendapat sokongan dari girls sekolah menengah

makan malam yang menyelerakan

bersedia untuk acara 100m

perbezaan ketinggian...oh...lebih tinggi dari aku..shit!haha

memulakan saringan...tapi gagal...

peringkat saringan menang...tapi final gagal...

photographer
sabar menunggu acara bermula...(smart kereta aku..hehe)

Runner yang cemerlang...Indi