Naik...naik...thanks

copy from : http://beritasemasa.com

Tepat seperti apa yang kami jangkakan dalam artikel minggu lepas, harga minyak naik lagi sebanyak RM 0.20 untuk menjadikannya RM 2.70 bagi Petrol RON 97.Untuk Petrol Ron 95, harga masih lagi tidak berubah. Berikut di bawah adalah kenyataan mengenai kenaikan harga minyak semalam.

KUALA LUMPUR, 1 April – Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.
Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter – kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.
“Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini,”
Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.


Baru 4 bulan, dah 3 kali kenaikan harga petrol bagi RON 97 ini.Kami nak tanya sikit pada kerajaan, atas alasan apa kenaikan ini berlaku? Berkemungkinan jawapan mereka adalah kerana pergolakandi timur tengah yang menjadikan harga minyak melampaui $100 setong, dan kerajaan tidak lagi mampu untuk memberi subsidi bagi petrol kepada rakyat.
Tapi, kami ingin anda fikirkan bersama-sama kami. Minyak yang digali di negara kita, adalah minyak yang terbaik dalam grednya, dan oleh itu ianya dijual di luar negara.Dalam masa yang sama, sebenarnya Petronas juga mendapat laba keuntungan yang besar daripada kenaikan harga minyak dipasaran dunia. Tidak logik sekiranya kerajaan membohongi rakyat berkenaan isu minyak ini.

Minyak kita dijual pada harga yang tinggi, kemudian kita pula beli minyak gred rendah untuk kegunaan rakyat.Kalau diikutkan sifir dan logik, tiada apa sebenarnya yang perlu kerajaan subsidikan.Ianya tidak bermaksud kenaikan harga minyak akan membuatkan kerajaan terpaksa menambah wang untuk membeli minyak gred rendah tersebut.Ini kerana, minyak yang kita jual juga mendapat pulangan yang lebih tinggi.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob,tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.
Apa salahnya bagi subsidi minyak kepada rakyat sebanyak RM 10 Bilion, kalau boleh bagi subsidi kepada IPP sebanyak RM 15.1 bilion.RM 10 bilion untuk 10 juta rakyat Malaysia yang berkenderaan daripada RM 15.1 bilion hanya untuk 7 “kroni”, mana yang lebih baik? Inikah bentuk “Rakyat diDahulukan, Pencapaian Diutamakan”?Akan kami sentuh mengenai isu IPP ini dalam artikel akan datang.

Adakah kenaikan ini selaras dengan pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi? Terpulang kepada anda untuk menilaikannya. Sekarang heboh sangat cerita pasal video seks anwar.Jadi kenaikan ini semestinya tidak disedari akibat daripada populariti video tersebut.Kalau tengok berita media kerajaan nanti, pastinya cerita mengenai “Ketua Polis sahkan video seks Anwar tulen” akan dilebih-lebihkan daripada berita mengenai kenaikan harga minyak ini.

Kerajaan perlu fikir rakyat sama.Bukan sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak atas alasan yang kurang konkrit.Sebab itu kami selalu tegaskan bahawa kerajaan perlu memberitahu rakyat mengenai mekanisma yang digunakan dalam menaikkan harga minyak ini.Bukan beri alasan macam-macam.Rakyat Malaysia sudah semakin maju, tapi kerajaannya masih lagi berifkiran “Dunia Kelas ketiga”.


0 Responses