Kita kena tipu lagi ke?

http://beritasemasa.com/

Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak  0.20 sen menjadi RM 2.90/liter dan menjadi sejarah kenaikan tertinggi harga minyak di Malaysia.trans Harga Minyak Naik Lagi Kerajaan Tipu Rakyat?
Bagi pengguna minyak RON 95, tidak berlaku kenaikan dan harga masih lagi kekal RM 1.90 / liter.Dalam kenyataan kerajaan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan selepas pilihanraya Negeri Sarawak 2011 tempoh hari, tup-tup, naik 20 sen.Kami memang dah jangka.Kalau kerajaan kata tak naikkan harga minyak, memang akan berlaku kenaikan harga dalam tempoh terdekat.
Kali ini, apa pula alasan kerajaan? Minyak dunia naik lagi? Pada hari pengumuman kenaikan harga minyak sebelum ini, harga minyak mentah pasaran dunia adalah sekitar $115.Tapi, kali ini, harga minyak mentah bergerak pada kadar $110, boleh naik pulak lagi 20 sen?
Kalau dulu rakyat Malaysia boleh bergembira mengisi minyak berkualiti RON 97, kini ramai beralih arah kepada RON 95 untuk mengurangkan kos.Mungkin bagi kerajaan, kenaikan ini tidak seberapa.Tapi kalau satu tangki minyak penuh 40 liter, dengan kenaikan 20 sen/liter, banyak perbezaan di situ.
RON 97-RM 2.70
Minyak penuh 40 Liter= RM 108
RON 97-RM 2.90
Minyak penuh 40 liter= RM 116
Beza RM 8.
* Katakan sebulan isi minyak penuh 4 kali-RM 8 x 4=RM 32/sebulan
* Kalau setahun? RM 32 x 12 bulan = RM 384 / setahun!
Itupun kalau tiada kenaikan dalam setahun.Kalau setahun 3 atau 4 kali naik, tak tahulah apa kami nak kata. Takkan asyik rakyat sahaja yang kena berkorban, kena ubah cara hidup, dipaksa dan ditekan untuk menggunakan minyak yang lebih berkualiti? Tugas kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan rakyat, bukan hanya nak kejarkan pembangunan yang tidak menampakkan hasil ekonomi.
Kami rakyat dah acapkali mengalah dalam isu kenaikan harga barang dan sebagainya, namun kerajaan masih tidak prihatin terhadap nasib golongan rakyat bawahan.Bukanlah kami menafikan kenaikan harga tidak akan ada, tapi dengan ekonomi rakyat sekarang, ianya terlalu sensitif.
Bukan harga minyak sahaja yang akan naik.Harga barang lain juga akan terikut sama.Mula la para peniaga menaikkan harga barang sesuka hati, atas alasan minyak naik.Padahal bukan mereka hantar barang guna minyak RON 97 pun!. Takkan la sampai nak jadi macam Kerajaan di Mesir dan Libya, baru pemimpin ni nak bertolak-ansur dengan rakyat?
Mungkin dalam masa terdekat ini, perkara ini tidak berlaku, tapi kalau dah asyik kena “tunjal” kepala je bertahun-tahun, sampai nak makan pun susah, inflasi meningkat, kerja tak ada, harga barang naik melampau, kebangkitan rakyat menentang rejim kerajaan sekarang tidak mustahil.
Apa-apa pun, apa pandangan anda dalam kenaikan harga minyak terbaru ini?
0 Responses