Tragedi Munich Man United







Sejarah Man Utd : TRAGEDI MUNICH...R.E.S.P.E.C.T!!
Bagi sebahagian orang mungkin tanggal 6 Februari hanyalah sebuah hari biasa sahaja. Tetapi tidak kepada semua penyokong Manchester United di seluruh dunia. Dimana pada 6 Februari 1958 merupakan salah satu sejarah kelam bagi dunia bola sepak khususnya Manchester united. Pasukan yang di ketuai oleh Sir Matt Busby di zaman emasnya ketika itu dijangka akan mendominasi bola sepak Eropah dan menuju kepada treble pertamanya dimana mereka semua dikenali sebagai “The Busby Babes”. Setelah perlawanan Piala Eropah di Belgrade, keesokan harinya 6 Februari 1958, mereka memulakan perjalanan pulang menuju Manchester. Dalam perjalanan tersebut, pesawat dengan no penerbangan British European Airways Flight 609 harus melakukan pengisian bahan bakar di Bandar udara Munich Riem, Munchen Jerman. Setelah mengisi bahan bakar, dalam keadaan dingin dibawah 0 darjah celcius, juruterbang pesawat kapten James Thain dan pembantu Kenneth Rayment mencuba untuk berlepas dari landasan, namun gagal – hingga dua kali, dikatakan akibat kegagalan mesin. Lalu salah satu pemain United, Duncan Edwards mengirim telegram ke Manchester “ all flight cancelled, flying tomorrow. Ternyata juruterbang menolak untuk menginap di Munich dan akan melakukan percubaan berlepas untuk kali ketiga. Beberapa pemain tidak yakin atas penerbangan ini, khususnya Liam Whelan yang terdengar mengatakan “This may be death, but I’m ready”. Sesaat sebelum berlepas, beberapa pemain United berpindah ke bahagian belakang pesawat seperti Duncan Edwards, Tommy Taylor, Mark Jones , Eddie Colman dan Frank Swift. Pesawat mula untuk berlepas, Kapten pesawat mulai menaikkan kelajuan, mulai dari 85knot lalu pesawat pun mencapai kelajuan 117 knot, kapten Thain mengumumkan V1 dimana had kekelajuan yang tidak memungkinkan mereka membatalkan arahan untuk berlepas. Lalu panggilan kedua keluar, V2, dimana kelajuan minimum pesawat untuk berlepas ialah 119 knot. Namun ketika Kapten Thein menaikkan kelajuan indicator, ia tidak semakin naik malah menurun menjadi 112 – 105 knot dan menyebabkan pesawat tergelincir. Dari 43 penumpang, 23 diantaranya meninggal, 8 diantaranya merupakan pemain United Roger Byrne (28), Eddie Colman (21), Mark Jones (24), David Pegg (22), Tommy Taylor (26), Geoff Bent (25), Liam Whelan (22) dan Duncan Edwards (21) serta setiausaha kelab Walter Crickmer, pelatih Tom Curry dan Pelatih Bert Whalley. -MU4-
0 Responses