Alhamdulillah...masih dipanjangkan umur...malam ni kemas2 barang apa yang patut, maklum la esok nak family day sekolah di Port Dickson...harap perjalan kami dirahmati Allah dan selamat sampai dan pulang...Insyallah...tadi lepas Isyak, buka internet...ada satu berita sedih...emmm....Bob Kuman meninggal dunia , sebelum ni mmg ada gosip-gosip dan mulut-mulut nakal yang mengatakan beliau dah meninggal...tp tu semua kabar angin...kali memang betul...Allah sayangkannya....tapi pengakhiran Bob Kuman sangat dikagumi, beliau bertemu Ustaz-ustaz dan ulama-ulama...mungkin untuk belajar lagi tentang agama...Alhamdulillah...moga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang soleh...amin...
1 Mei setiap tahun...???hari bercuti la...budak2 sekolah pun bercuti gak...kalau budak g sekolah sape nk ajar diorang, cikgu pn cuti...aku nak ucapkan selamat hari pekerja kepada semua kawan-kawanku yang bekerja...yang masih belajar tu, selamat bercuti jela ea....
Semalam aku buka la mudah.my, pastu aku search la Kelah...ada banyak orang yang jual ikan kelah nie...macam-macam negeri ada...pastu aku ter"klik" la satu orang ni...aku tengok gambar ikan yang dia jual macam ikan aku...ciss...kurang ajar rupa-rupanya memang kompem ikan aku...patut la macam kenal je...hai, macam-macam orang sekarang nie...kalau nak jual ikan tu agak2 la...jangan la menipu gambar...cakap ikan kelah bara la...padahal gambar ikan aku...
Dua gambar ni menjadi mangsa keadaan...
| Asrama yang berwarna-warni |
| Kekemasan dititikberat oleh kami |
| nie yang paling comel aku buat...hehe |
| asramaku, rumahku (heaven for you) |
| keselesaan untuk para pelajar |
| Kamar Mat Kilau |
| loker yang dibaluti serta kekemasan...ceh bangga... |
| selipar untuk di lelong.... |
| JANGAN AMBIL PADANG KAMI |
p/s : thanks to Che Mie yang tolong masa cuti sekolah hari tu...
Petang tadi, pihak pengurusan asrama telah mengadakan Kempen Bulan Membaca peringkat asrama...macam biasalah, aku mesti terlibat...so far, perjalanan program tadi lancar...cuma sambutan agak kurang sikit...tak ramai cikgu yang join program nie...tapi, takpelah...hidup mesti diteruskan...ke guane??? suasana agak meriah jugalah...takde pun nampak kelibat budak yang tidur...bagus...bagus...itu bermakna budak tertarik dengan program tersebut...macam-macam gelagat peserta yang bertanding, ada yang gugup, berdebar, tak ingat nak baca apa...hehehe...lepas tu kami adakan pertandingan Kuiz simpulan bahasa dan mengeja perkataan...owhh...hadiahnya mewah....satu kek Apollo...mahalkan??? kira okay la tu...semua budak dapat...berkobar-kobar semua nak jawab...
antara gambar-gambar untuk ditatap...jangan ratap plak ea....

![]() |
| dipengerusi oleh aku...hoho |
![]() |
| murid-murid asrama setia bersama kami |
![]() |
| antara peserta yang bercerita...hehehe...gugup.. |
![]() |
| Kuiz simpulan bahasa dan mengeja... |
![]() |
| penyampaian hadiah oleh PA dan warden... |
Hujung minggu baru-baru nie...aku dilantik menjadi fasilitator untuk program sekolah iaitu Kem Bestari Solat untuk murid tahap 1 & 2...walaupun hujung minggu hari bercuti, tapi xpela...tak kisah pun...tolong-menolong...
![]() |
| antara murid-murid yang hadir di pagi Sabtu... |
![]() |
| memang takde gaya Ustaz... |
![]() |
| sejuk mata memandang...bakal-bakal Ustazah |
![]() |
| Diimamkan oleh Ustaz Hafiz (AKU MANA???)...hehe |
![]() |
| jadi tukang masak...xdela...tukang kacau je... |
baru nie aku bawa budak olahraga sekolah ke MSSD CH...dapat la bawa pulang 2Emas 1Perak 2Gangsa...
Ahad 11/3/12 kami bertiga bergerak dari Cameron dalam jam 8.00pagi...dalam jam 9.00pagi kami terus ke rumah mertua Che Mie untuk sarapan pagi...Selesai je sarapan, kami bertolak dengan dua buah kereta...Cuaca alhamdulillah, cuma di Lanchang je hujan lebat itupun sekejap aje...kami tiba di Temerloh dalam jam 11.45pagi, apalagi singgah makan ikan patin la...wah...enak amat....selesai makan tengahari, kami teruskan perjalanan ke Lepar Hilir, Gambang iaitu rumah Jidin kerana diadakan majlis aqiqah anaknya...wah...makan lagi....dalam jam 4.00petang, kami meneruskan perjalanan ke Muadzam iaitu rumah mak abah aku...malam kami cuma rehat jela, penat giler...
Isnin 12/3/12 dalam jam 12.15tghari kami bergerak untuk ke Felda Keratong 9 atas jemputan walimatul urus Pn.Suhaila & suaminya...dalam jam 3.30petang kami bergerak pulang ke Cameron dan sampai jam 11.30malam...
![]() |
| wajib makan kalau singgah di Temerloh |
Isnin 12/3/12 dalam jam 12.15tghari kami bergerak untuk ke Felda Keratong 9 atas jemputan walimatul urus Pn.Suhaila & suaminya...dalam jam 3.30petang kami bergerak pulang ke Cameron dan sampai jam 11.30malam...
![]() |
| Gambar kenangan bersama pasangan pengantin |
Semalam...hujan air mata di kala matahari terik memancar di sekolah aku...dua orang guru akan bertukar ke sekolah baru...betul la kata orang setiap pertemuan ada perpisahan...perasaan sedih memang ada tetapi kita yang masih kekal di sekolah ini kena teruskan usaha membangunkan dan memajukan sekolah kita...Tahniah kepada Mat & Kaza...
![]() |
| Moga sukses di tempat baru |
![]() |
| Pesanan kepada murid-murid buat kali terakhir |
![]() |
| Suasana pilu dan sedih...hujan air mata |
Sumber gambar: Facebook Menson
bukan nak promosi barang...cuma nak promosi blog sekolah aku je...kini berwajah baru...
Sejarah Man Utd : TRAGEDI MUNICH...R.E.S.P.E.C.T!!
Bagi sebahagian orang mungkin tanggal 6 Februari hanyalah sebuah hari biasa sahaja. Tetapi tidak kepada semua penyokong Manchester United di seluruh dunia. Dimana pada 6 Februari 1958 merupakan salah satu sejarah kelam bagi dunia bola sepak khususnya Manchester united. Pasukan yang di ketuai oleh Sir Matt Busby di zaman emasnya ketika itu dijangka akan mendominasi bola sepak Eropah dan menuju kepada treble pertamanya dimana mereka semua dikenali sebagai “The Busby Babes”. Setelah perlawanan Piala Eropah di Belgrade, keesokan harinya 6 Februari 1958, mereka memulakan perjalanan pulang menuju Manchester. Dalam perjalanan tersebut, pesawat dengan no penerbangan British European Airways Flight 609 harus melakukan pengisian bahan bakar di Bandar udara Munich Riem, Munchen Jerman. Setelah mengisi bahan bakar, dalam keadaan dingin dibawah 0 darjah celcius, juruterbang pesawat kapten James Thain dan pembantu Kenneth Rayment mencuba untuk berlepas dari landasan, namun gagal – hingga dua kali, dikatakan akibat kegagalan mesin. Lalu salah satu pemain United, Duncan Edwards mengirim telegram ke Manchester “ all flight cancelled, flying tomorrow. Ternyata juruterbang menolak untuk menginap di Munich dan akan melakukan percubaan berlepas untuk kali ketiga. Beberapa pemain tidak yakin atas penerbangan ini, khususnya Liam Whelan yang terdengar mengatakan “This may be death, but I’m ready”. Sesaat sebelum berlepas, beberapa pemain United berpindah ke bahagian belakang pesawat seperti Duncan Edwards, Tommy Taylor, Mark Jones , Eddie Colman dan Frank Swift. Pesawat mula untuk berlepas, Kapten pesawat mulai menaikkan kelajuan, mulai dari 85knot lalu pesawat pun mencapai kelajuan 117 knot, kapten Thain mengumumkan V1 dimana had kekelajuan yang tidak memungkinkan mereka membatalkan arahan untuk berlepas. Lalu panggilan kedua keluar, V2, dimana kelajuan minimum pesawat untuk berlepas ialah 119 knot. Namun ketika Kapten Thein menaikkan kelajuan indicator, ia tidak semakin naik malah menurun menjadi 112 – 105 knot dan menyebabkan pesawat tergelincir. Dari 43 penumpang, 23 diantaranya meninggal, 8 diantaranya merupakan pemain United Roger Byrne (28), Eddie Colman (21), Mark Jones (24), David Pegg (22), Tommy Taylor (26), Geoff Bent (25), Liam Whelan (22) dan Duncan Edwards (21) serta setiausaha kelab Walter Crickmer, pelatih Tom Curry dan Pelatih Bert Whalley. -MU4-
Satu Analisa Ditulis Oleh: Ibnu Azhari Al-Kelantan
Jarak masa di antara kita dan Nabi Muhammad s.a.w. sudah hampir 1400 tahun dan pengajian kita mengenai baginda baik dari segi batang tubuhnya atau juga dari lain-lain segi masih banyak yang belum rapat dan mesra. Besar kemungkinan bahawa cinta dan mesra terhadap baginda akan semakin pudar dan kehilangan tempat dalam jiwa kita dan ini besar bahayanya. Satu ikhtiar mesti dibuat segera bagi menghadapi kemungkinan buruk ini. Bulan Rabi’ulawal selalunya memegang peranan penting untuk ini. Dia mempunyai daya penyusup ke dalam jiwa yang masih hidup untuk ingatan kita. Seperti juga Ramadhan , banyak membuat orang terpegun lama di hadapan Al-Quran Al-Karim dengan penuh khusyu’ dan insaf di malam-malam harinya. Apa kata kalu kita berhenti sejenak menatap wajahnya yang mulia dan jasadnya yang diberkati, mana tahu selera kita bertambah dan sayang mesra makin mendalam lagi. Sifat-sifat TubuhNya Yang Mulia Di antara keistimewaan-keistimewaan penganut Islam yang begitu banyak ialah menyiapkan sebuah rekod khusus mengenai bentuk fizikal jasad Rasulullah Nabi kesayangan mereka secara lengkap dan penuh perincian. Dunia tidak akan ketemu dengan sebuah fail yang begitu kemas dan lengkap dalam pekara yang serupa terhadap batang tubuh mana-mana pemimpin dunia diseluruh alam termasuk mana-mana nabi zaman dahulu seluruhnya. Kesayangan manuasia (sahabat) terhadap Nabi Besar Muhammad menyebabkan segala apa mengenainya lebih-lebih sifatnya telah disurat dan dirakam dalam semua kitab, Sunanulsitta khususnya dalam Al-Zarqani dan Al-Syama’ Al-Imamal-Tarmidzi Rahmahullah. Hasil dari itu maka seorang manusia muslim dengan segera dan tidak teragak-agak akan dapat mengenali Nabinya sekarang kalau ditakdirkan baginda hidup balik dan terserempak denganNya dimana sahaja dan bila-bila pun. Dibawah ini kita ringkaskan sedikit sifat-sifat tubuhnya. Rasulullah dikurniakan sebatang tubuh yang tegap dan kacak (Murabba’ Al-Qamah) cahaya kulitNya putih kemerahan-merahan. Ukuran tingginya seimbang dan sederhana, bila melangkah berjalan, maka seakan menurun dari tanah tinggi kata sahabatnya. Rapi dan penuh dengan kesungguhannya. (Keadaan ini selain dari sebab-sebab bentuk tubuhnya yang tegap dan sihat maka ianya mencerminkan hasrat jiwanya yang tidak pernah kekosongan. Ada orang yang berbadan tegap dan rangkanya mengerunkan. Namun hentakkan kakinya tidak bermaya dan tidak tentu arah sahaja.. bila diajak bercakap, maka jelas nampak rupanya jiwa dia kosong, tidak punya program hidup sebab itu dia merayau-rayau membawa kaki sahaja. Bagi Nabi Muhammad setiap detik umurnya penuh tepu dengan kerja. Maka anggotanya pun turut hidup dan menghayunkan rentak yang aktif. Wajahnya cantik berseri dan sentiasa senyum mempunyai perwatakan yang menarik. Pernah sahabat-sahabatnya menatap wahajnya lama-lama kemudian menengadah kelangit merenung bulan ppurnama untuk menentukan mana satu yang lebih berseri. Ditengahnya terpacak sebatang hidung yang comel tirus memancong. Kerongkong matanya terpahat luas menampakkan bulatan mata hitamnya dengan jelas. Bahagian putihnya yang terpaut sekeliling menambahkan lagi seri wajahnya. Dari atas melebat turun rambut –rambut hitam berikal mayang mencecah bahu. Janggutnya yang hitam dibiarkan tumbuh dengan galaknya dikeliling kawasan muka, manakala misainya dipapas berandam bagi menampakkan sikap kelakian yang arif agaknya. Bila panjang menghulur lebih dari genggan jarinya terus dipotong serta dipesannya supaya umatnya juga berbuat begitu, supaya kamu mempunyai watak dan syaksyiat muslim yang tidak serupa dengan kafir musyrik katanya. Giginya tersusun gagah . tentang putih bersihnya jangan ditanya kerana bersugi itu besar pahala mengikut ajarannya. Dan baginda sendiri sangat acap bersugi sampai saya bimbang takut giginya haus ujar seorang isteri. Bau mulutnya yang manis-manis anak itu membuat orang suka duduk dekat badinda berpidato. Yang anih bau peluhnya juga begitu. Pernah seorang perempuan tua , umu-aiman menyiapkan sebuah botol kecil, nasib-nasib dapat menyimpan peluh baginda didalamnya. Diatas dadanya yang luas bidang itu terdapat banyak bulu-bulu gagah. Arus suburnya menali turun kebahagian bawahan perutnya. Manakala perutnya tdak besar berlabu tapi kemas dan sama kempis dengan bahagian dadanya. Di bahagian belakang dicelah dua tulang kipasnya menimbul sebiji butuir sebesar telur burung kecil bertulis Allah dan dikenali sebagai “Mohor Kenabian”.
Mengikut cerita lama butir ajaib inilah menyebabkan seorang Padri di negeri Syam mengesa bapa saudaranya Abu Talib yang sedang menjalankan urusan perniagaan bersama Nabi yang masih berumur dua belas tahun itu, suapaya cepat membawanya balik ke Mekah, jangan sampai ketara oleh Yahudi berdebah disini. Mimpi Jumpa Nabi Pada dasarnya Islam menerima kebenaran mimpi dengan syarat-syarat yang tertentu. Dia adalah satu-satunya saluran ghaib yang masih ada untuk manusia meninjau-ninjau ke alam seberang sana. Kerana kenabian sudah tamat, apa yang ada ialah khabar-khabar gembira atau mimpi sallih yang dapat dilihat oleh seorang mukmin, maksud satu hadis dengan sabdanya: “Sesiapa yang bermimpi melihat akau setelah aku mati, maka seolah-olah dia melihat akusewaktu aku masih hidup, kerana Syaitan tidak akan berdaya meniru contoh rupaku’. Memang bertuah kalau anda dikurniakan sekali lagi mimpi begini. Nabi Kenal Kita Di Akhirat? Jarak masa di antara kita sekarang dan Rsulullah telah begitu jauh jurangnya. Apa sempatkah Rasulullah mengenali kita dicelah-celah semak-samun manusia yang berhimpit-himpit di padang Mahsyar nanti??? Satu soalan yang mungkin meletus dikepala kita, dan kebetulan telah pun meletus di dalam kepala seorang sahabat Rasulullah dizaman hayatnya dulu, lalu menyoalnya terus. Untuk meredakan kerunsingan sahabatnya yang bimbangkan nasib anak cucunya yang lahir selepas kematian Nabi itu ,
Baginda membuat satu kias yang dapat dimengertikannya sendiri, katakanlah tuan memelihara seekor kambing berwarna hitam bercampur dengan kambing-kambing jiran disebelah yang beribu ribu ramainya tapi kesemuanya berwarna putih belaka. Sukarkah tuan mengenali kambing tuan ? jawab sahabat : tentu tidak sukar ya! Saya pun begitu juga. Umat-umat saya akan dibangkit dari kubur masing-masing lengkap dengan tanda-tandanya sekali. Iaitu kakitangan mereka cantik berseri oleh kesan air wudu’k . Sudahkah anda berwudu’k? Akhir sekali bolehkah kita sendiri mengenali baginda, sedangkan kita tidak pernah bertemu wajah dengannya? Mengikut hukum adat, memang boleh bahkan lebih mudah bagi orang ramai mengenali orang seseorang. Untuk menguatkan lagi, sila tatap sebuah hadiyh yang di bawa oleh Imam Al-Bukhari sendiri bermaksud: Bila selesai urusan menanam seorang mayat, datanglah malaikat-malaikat yang di tugaskan khusus sambil menanya; Awak kenal siapa orang ini? Sambil menunjukkan gambaran; satu lembaga manusia kiranya yang di soal itu dari kalangan mukmin, maka dengan senang dia menjawab bahawa; Inilah Muhammad. Dia diutus kedunia mengajarmu agama Allah. Saya sendiri telah menjunjung segala apa yang diajarnya dengan penuh keyakinan.
Sebaliknya kalau sidia itu dari kalangan kafir atau munafik. Maka jawabnya:
Oh! ……… saya dengar khabar orang ini ialah Muhamad. Belumpun sempat dia berceloteh lebih panjang, sebatang tongkat besi telah melayang singgah di kepala nya serta ditempelak. Begitu lama kamu hidup di dunia menghirup segala rupa rezeki Allah dan mencebuk segala kesenangan hidup. Tapi kamu cuma main dengar khabar sahaja ? Maka sambung menyambung lah segala rupa azab sengsara keatsnya. Sekarang sudahkah tuan kenal Nabi Muhammad siapa orangnya ?

kartun ni ditayangkan pada sekitar tahun 1995 kalau tak silap aku...masa tu aku darjah 3 kot...memang musim kereta ni masa tu..hampir semua kanak2 memiliki kereta permainan nie...harga kalo tak silap aku masa tu dalam RM6 kot... masa tu kalo nk berlumba, kteorang lumba dalam longkang je, sbb nk beli track lumba mahal...hehehe...seronoknya la masa tu...kumpul duit nak beli pelbagai jenis kereta tu...
![]() |
| Ahli kumpulan Dash |
![]() |
| aku pernah memiliki kereta ni... |
![]() |
| Nenek Yankuro yang sentiasa bagi semangat masa ada games... |
![]() |
| Kereta kumpulan Dash |
Subscribe to:
Posts (Atom)