MSSD 2013 - Day 1

Untuk tahun ketiga aku ditugaskan oleh pentadbir GPK Ko untuk membawa serta menguruskan murid Menson ke kejohanan MSSD...takpe, tak kisah...seronok juga, takde la asyik terperap dalam hutan je...kejohanan tahun ni agak jauh dari biasa, iaitu di SK Kampung Raja...lebih kurang sejam dari sekolah aku...awal pagi aku dah gerak, katanya jam 8.30 pagi dah start...walhal..9.30 baru start..perhghh...berbulu aku...untuk hari pertama just bawa 3 orang budak untuk acara lompat tinggi dan lompat jauh...keputusan dah dijangka...sekadar memenuhi koata je...sebab target sekolah aku dalam acara larian...takpe...sekurang-kurangnya Shah Irwan pesera lompat tinggi berjaya membaharui rekod peribadinya iaitu 1.24m berbanding semasa training tak sampai pun 1.20m...okay la tu...

Tiga orang atlit sekolah hari pertama
nampak perbezaan ketinggan?
aku suruh training, diorang duk saje...








0 Responses