MSSD 2013 - Day 1

Untuk tahun ketiga aku ditugaskan oleh pentadbir GPK Ko untuk membawa serta menguruskan murid Menson ke kejohanan MSSD...takpe, tak kisah...seronok juga, takde la asyik terperap dalam hutan je...kejohanan tahun ni agak jauh dari biasa, iaitu di SK Kampung Raja...lebih kurang sejam dari sekolah aku...awal pagi aku dah gerak, katanya jam 8.30 pagi dah start...walhal..9.30 baru start..perhghh...berbulu aku...untuk hari pertama just bawa 3 orang budak untuk acara lompat tinggi dan lompat jauh...keputusan dah dijangka...sekadar memenuhi koata je...sebab target sekolah aku dalam acara larian...takpe...sekurang-kurangnya Shah Irwan pesera lompat tinggi berjaya membaharui rekod peribadinya iaitu 1.24m berbanding semasa training tak sampai pun 1.20m...okay la tu...

Tiga orang atlit sekolah hari pertama
nampak perbezaan ketinggan?
aku suruh training, diorang duk saje...








Jom Tengok Hoki FINAL

Pada Jumaat malam 15hb, cikgu-cikgu lelaki merancang membuat satu program bagi merapatkan ukhwah Mensonians...so, malam tu memBAKAR la kami...tak semua dapat join, mayb ada HAL kot...takpe la...abaikan je...so, berbincang la malam tu pasal hoki...kalau Malaysia layak ke Final kami merancang untuk ke stadium tengok secara LIVE...1st time kot aku tengok hoki secara live nie...teruja dan semangat...Maka, saat-saat di nantikan, Malaysia layak ke FINAL menentang Australia...

Ahad, kami gerak dalam jam 3.00 petang...kami bertiga je...aku, Ashri dan Rosdam...yang lain ada masalah tertentu...Aku tunggu dari jam 5.00 petang...sempat la tengok games Korea VS New Zealand...Korea menang 2-1...bila makin senja, makin ramai orang masuk ke stadium...sehingga la team hoki Malaysia masuk padang...makin sesak dan sesak...aku bernasib baik, dapat pot yang best...mana taknya...datang awal...jam 5.00 petang dah terpacak dalam stadium...

Babak pertama, Malaysia ketinggalan 1-2.Masuk 2nd half...Malaysia terus menyerang dan menyerang...akhirnya gol penyamaan terhasil...seronok la penonton...aku tak payah cerita la...melompat-lompat la...mayb takde luck, saat-saat akhir..5 saat je lagi, Australia menjaringkan gol kemenangan... walaupun kalah tetap bangga...yela, lawan nombor 2 dunia tu...















Kem Kecermelangan Bahasa Inggeris - PART 1

Pada 15-17hb Mac 2013 satu program kem kecermelangan telah diadakan di sekolah aku, ia melibatkan 4 buah sekolah POS iaitu sekolah murid orang asli.Program ni tak silap aku di jangka akan diadakan sebanyak tujuh kali dan ni kali pertama...selebihnya akan menyusul kemudian...macam biasa la...asal je terlibat dengan asrama...kompem2nya aku kena jadi urusetia...PASRAH...tapi aku hanya handle budak riadah petang je...mudah la kerja aku...dalam keBUSYan...tak sempat nak tangkap gambar sepanjang aktiviti berjalan...ada la sket2...












Situasi di bilik bacaan
















Mari amalkan Bismillah 5

sekadar berkongsi ilmu dengan kawan-kawan...biasanya dibaca ketika makan di mana-mana kedai untuk elak sihir dan benda yang memudaratkan...Inn Sya Allah...mari amalkan sebelum makan...




1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara fungsi Bismillah 5 ni:
*penawar bisa diri
*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*penawar bisa-bisa badan
*penawar bisa batu merian
*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara menggunakan Bismillah 5 :
1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kmdn tiup tempt tadi, kemudian baru tiup di air; atau
2.kalau tpt sakit tu tak boleh diletakkan tangan krn sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.
Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.
sumber: http://doaayatdanzikir.wordpress.com/