Ikan perhiasan paling mahal

korang tau x?cuba teka?xpyh teka la..mmg ramai yg tau...
semestinya ikan Arowana @ kelisa (bukan kereta kelisa ya!)...
ada arowana tu sampai harga RM100K...MAK DATUK!!!... Honda sebijik bley beli!!!
tp tu la hakikatnya...dgn muka yg sombong & angkuh...smemangnya ikan nie terlalu bernilai...
sampai sekarang aku masih teringin nak bela ikan nie...TAPI!!! nanti ikan kelah aku merajuk pulak!!!haha


sedikit INFO pasal ikan nie...(copy from arowana shopzone)


Ikan Kelisa (Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport dan pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.


Jenis-jenis Arowana
Secara umumnya arowana dapat dibahagikan kepada beberapa jenis utama seperti berikut :

Arowana Asia
Arowana Asia atau nama saintifiknya Scleropages Formosus adalah berasal dari kawasan Asia Tenggara. Asia arowana terutama dari jenis merah dan emas malaysia adalah yang termahal dan diklasifikasikan sebagai ikan air tawar yang tercantik didunia. Arowana Asia biasanya didapati di tasik-tasik yang tenang airnya atau disungai-sungai kecil yang arusnya perlahan atau sederhana. ia disenaraikan sebagai spesis terancam yang memerlukan kebenaran khas atau permit dari CITIES bagi urusniaga diperingkat antarabangsa. Arowana Asia terbahagi kepada beberapa jenis atau keturunan iaitu :

1. Arowana Merah ( Red Arowana)
2. Arowana Emas Malaysia ( Malayan Bonytongue)
3. Arowana Emas Indonesia ( Red Tail Golden (RTG) Arowana)
4. Arowana Hijau/Kuning (Green/Yellow tail arowana)
5. Arowana Merah B 1.5 (Red Arowana B 1.5)
Arowana Amerika Selatan

Arowana Amerika Selatan terbahagi kepada beberapa strain atau keturunan iaitu :
1. Arowana Perak ( Silver Arowana)
2. Arowana Hitam ( Black Arowana)
3. Arowana Salji ( Snow Arowana)
4. Arapaima Gigas

Arowana Australia


Arowana Australia terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
1. Arowana Jardini
2. Arowana Leichardi

Arowana Afrika


Arowana Afrika hanya terdapat satu jenis sahaja dan ia juga dikenali sebagai Arowana Afrika sebagaimana nama asal negaranya.


Platinum Arowana
Malaysia Golden
Superred Arowana
 Red Tail Golden
Banjar Red
Green Arowana
Silver Arowana


Malaysian Golden Blue Base



0 Responses