Situasi di Mesir

seperti mana kita semua tahu...telah berlaku rusuhan oleh penunjuk perasaan kerana mahu mjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak...


Siapa sebenarnya Hosni Mubarak?Presiden Mesir yang dikatakan menjadi pemimpin negara Mesir selama 30 tahun.Nama penuhnya Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak telah menjadi Presiden Mesir sejak 1981 dan merupakan Presiden keempat Mesir.Mubarak telah menggantikan Sandat yang mati dibunuh pada 6 Oktober 1981.

Mubarak dikatakan seorang Presiden yang angkuh dan mementingkan diri sendiri.Beliau dikatakan telah bersedia melantik dua orang anak lelakinya iaitu Alaa dan Gamal sebagai pengganti pada masa hadapan.Mengikut BBC,beliau telah terselamat daripada 6 cubaan bunuh.Beliau juga seorang yang dikatakan tali barut Israel.Beliau salah seorang pemimpin yang tidak menyokong Amerika Syarikat keluar daripada Iraq.Tersebar juga berita mengenai kes rasuah yang melibatkan beliau dan dua orang anaknya membabitkan perolehan tender kerajaan dan syarikat swasta.Terdapat ungkapan rakyat Mesir bahawa seorang anggota polis lebih merbahaya daripada seorang penjenayah.

Tiada siapa yang mengetahui bahawa Mubarak lebih kejam daripada rejim zionis.Sepatutnya beliau dicalonkan sebagai Presiden Israel berdasarkan rekod jenayah dan penyeksaan terhadap rakyatnya sendiri.



Aku berharap kerajaan Malaysia mengambil langkah yang segera...


kesian pelajar Malaysia di sana...


penunjuk perasaan bertempur dengan polis


sangat dasyat!


takbir!Allahukbar!
Marilah kita sama-sama berdoa supaya pelajar Malaysia di sana selamat...amin...
0 Responses